Skip to main content

Hiburan

Eyka Farhana Kongsi Wajah Anak Sempena Usia Dua Bulan

Eyka Farhana Kongsi Wajah Anak Sempena Usia Dua Bulan

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar, yang kini berusia dua bulan.
  • Dalam hantaran di Threads, Eyka memuat naik foto sesi fotografi bersama bayi dan suaminya, Akhyar Rashid.
  • Eyka turut meluahkan rasa syukur dan doa agar anaknya sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan baik.
Advertisement

Pelakon Eyka Farhana tampil mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar sempena usia bayi itu yang kini genap dua bulan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, turut memuat naik beberapa keping foto sesi fotografi studio bersama bayi lelaki itu serta suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu meluahkan rasa syukur selain menitipkan doa agar anak kesayangannya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“MasyaAllah Tabarakallah, tengok siapa yang sudah berusia dua bulan hari ini.

“Gambar ini diambil ketika kamu berusia sebulan dan hari ini kamu sudah rasmi berusia dua bulan. Masa berlalu begitu pantas.

Advertisement

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buatmu dan membimbingmu menjadi anak yang soleh. Selamat ulang bulan kedua, Luay sayang. Mama sayang kamu tanpa penghujung,” tulisnya.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung,Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar Mei lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement