Skip to main content

Hiburan

Ezaidi Aziz Enggan ‘Selective’, Sedar Diri Masih Baharu Dalam Industri - “Saya Ini Siapa Nak…”

Ezaidi Aziz

Sekilas

  • Pelakon baru Ezaidi Aziz tidak memilih dalam menerima tawaran berlakon asalkan naskhah itu memberi nilai dan pengajaran kepada penonton.
  • Beliau bersyukur apabila tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada usia 31 tahun dan melihatnya sebagai peluang membuktikan kemampuan.
  • Ezaidi mengambil komen negatif sebagai motivasi untuk menunjukkan bahawa dia mampu membawa watak berat dalam lakonan.
Advertisement

Pelakon Ezaidi Aziz mengakui dia bukan seorang yang memilih dalam menerima tawaran berlakon kerana menyedari dirinya masih baharu dalam industri seni. 

 

Advertisement

Ezaidi atau nama sebenarnya Mohamed Ezaidi Abdul Aziz bagaimanapun berkata dia akan menerima apa sahaja naskhah yang memberi nilai dan pengajaran kepada penonton.  

 

“Saya rasa saya ini siapa nak selective… orang pun tak kenal saya. Saya rasa, saya baru dalam industri, tu saja saya boleh cakap. Sebab itu saya tak kisah terima tawaran berlakon dalam apa saja drama. 

Advertisement

 

“Saya okey saja apa-apa cerita asalkan naskhah itu ada bagi nilai, ada bagi pengajaranlah untuk penonton tengok. Kalau sekadar cerita tu macam tak ada benda, mungkin saya tak terima,” katanya kepada Gempak. 

 

Ezaidi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-38, di Ombak KLCC, pada Sabtu. 

 

Dalam pada itu, Ezaidi meluahkan rasa syukur apabila tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular biarpun pencapaian tersebut diperolehinya ketika di usia 31 tahun. 

 

Menurut Ezaidi, percalonan itu juga memberi peluang dan ruang untuk dirinya membuktikan kemampuannya dalam dunia lakonan. 

 

“Saya sebenarnya dah tercalon pun saya rasa syukur Alhamdulillah rezeki kan. Jadi macam mana pun macam tulah Allah dah susun dah umur 31 tahun. Lambat cepat tu semua bukan kerja sayalah tapi saya tak pernah terfikir pun sebenarnya. 

 

“Saya ada rasa kelakar juga sebab saya rasa ramai lagi layak. Cumanya saya ada la dengar perkataan-perkataan yang membuatkan saya rasa okay tak apa saya boleh buktikan. 

 

“Ada orang cakap yang saya ini tak boleh bawa watak berat. Tapi saya tak rasa ayat itu merendahkan saya cuma saya rasa ia memberi semangat untuk saya buktikan apa yang mereka cakap itu salah,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

ELGINI E16191 Kemeja-T Kapas Kosong S-XXL | Plain Cotton Tee

ELGINI E16191 Kemeja-T Kapas Kosong S-XXL | Plain Cotton Tee

CC Waffle Round Neck Short Sleeved T-Shirt Men's Loose And Casual Versatile High Quality Breathable And Sweat Wicking

CC Waffle Round Neck Short Sleeved T-Shirt Men's Loose And Casual Versatile High Quality Breathable And Sweat Wicking

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement