Skip to main content

Selebriti

Farah Ahmad Bidas Dakwaan Tumpang Populariti Orang Lain - “Maaf, Bila Masa Aku Kejar Popular Ni?”

Farah Ahmad Bidas Dakwaan Tumpang Populariti Orang Lain - “Maaf, Bila Masa Aku Kejar Popular Ni?”

Sekilas

  • Farah Ahmad menafikan dakwaan bahawa dia menumpang populariti individu lain dalam dunia seni sejak 1990-an.
  • Dia menegaskan tidak pernah mengejar populariti melalui kontroversi dan membina bakat secara sendiri.
  • Farah menyatakan penglibatannya dalam seni adalah untuk mencari rezeki dan berkongsi pengalaman, bukan semata-mata populariti.
Advertisement

Pelakon, Farah Ahmad tampil membidas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kemunculan dirinya dalam dunia seni kerana menunpang populariti individu lain.

Farah menerusi perkongsian di platform Threads berkata, dia tidak pernah mengejar populariti sepanjang penglibatannya dalam industri seni yang sudah bermula sejak era 1990-an.

Advertisement

“Jap… Jap, apa aku popular sebab tumpang populariti orang? Nak gelak ke nak marah? Maaf bila masa aku kejar popular ni.

“Aku ceburi bidang seni yang orang luar kata sampah ni dari tahun 90an. Orang yang kata sampah tapi dalam rumah masih ada tv, masih ada hp, bila scroll, semua history yang tak senonoh jugak tengok,” maklumnya.

Menurut Farah, sekiranya populariti menjadi keutamaannya, dia sudah lama memilih pendekatan kontroversi sebagai strategi pemasaran untuk meraih perhatian.

“Kalau nak popular dah lama aku boleh buat dan akur dengan sistem marketing kontroversi yang dioffer untuk menarik minta nafsu.

“Atau apa sahajalah cerita yang direka buat korang  ingat benda yang dipanaskan itu benar. Seni bukan mainan boneka korang. Korang yang sebenar memboneka perasaab sendiri,” tulisnya.

Farah turut menegaskan segala bakat dan kemahiran yang dimilikinya dibina menerusi usaha sendiri, termasuk kesanggupannya memilih laluan yang lebih sukar dalam bidang seni.

Malah tegas Farah lagi, penglibatannya dalam dunia seni bukan semata-mata untuk mengejar populariti, sebaliknya demi mencari rezeki buat anak-anak selain berkongsi pengalaman melalui karya yang dihasilkan

“Bila awak cakap saya popular because of them. Sorry, apa yang bakat ke, apa yang aku ada aku cari belajar sendiri.

“Aku pilih jalan susah sebab aku yang faham apa itu senang selepas susah. Orang lain panggil aku shooting ke apa ke, benda tu hebat ke apa ke sebab aku minta dekat Allah nak kerja cari duit untuk anak-anak aku dan berkongsi rasa yang Kau izinkan.

“Aku tak tumpang sesiapa. Aku hanya berkongsi rasa dan masa kerana kerja seni perlukan kerja sama,” tegasnya.

Sumber: Threads @ifarahahmad

 

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement