Skip to main content

Viral

Farah Dina Syukur Impian Tunai Umrah Bersama Ibu Tercapai, Kini Usaha Kumpul Duit Beli Kereta - “Nama Tak Boleh Buat Loan…”

Farah Dina

Sekilas

  • Farah Dina masih menyimpan impian memiliki kereta sendiri selepas lebih setahun bergantung pada kereta sewa kerana kesukaran mendapatkan pinjaman bank.
  • Dia bakal menunaikan ibadah umrah bersama ibu tidak lama lagi hasil tajaan usahawan kosmetik, Anas Zahrin.
  • Farah memohon doa agar segala urusan dipermudahkan walaupun menghadapi cabaran dalam mengumpul wang untuk membeli kereta.
Advertisement

Peniaga TikTok, Farah Dina mendedahkan dirinya masih menyimpan impian untuk memiliki sebuah kereta sendiri meskipun sudah lebih setahun bergantung kepada kereta sewa bagi urusan harian.

Menerusi perkongsian di Threads, Farah menjelaskan dia sebenarnya bukan tidak mahu membeli kenderaan, sebaliknya berdepan kesukaran untuk membuat pinjaman bank sehingga terpaksa mengumpul wang sedikit demi sedikit.

Advertisement

Bagaimanapun, dalam hantaran itu juga, Farah turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah umrah bersama ibu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi hasil tajaan daripada usahawan kosmetik, Anas Zahrin.

“Dalam hidup ni, cuma nak beli kereta sebiji dengan pergi umrah dengan mak. Umrah dengan mak tak lama lagi, terima kasih abang Anas belanja.

“Kereta sedang kumpul duit, sekarang memang kalau pergi mana mana sewa kereta, hahaha lama dah, setahun lebih sewa.

“Kita ni bukan tak nak beli, masahnya nama tak boleh nak buat loan. Tu yang nak kena mengumpul. Nak kumpul kemain payah,” kongsinya.

Farah juga turut meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan walaupun berdepan dengan beberapa cabaran hidup.

“Tapi pelan-pelan, insya-Allah satu-satu kita usahakan. Doakan kita tau. Sebak pula, kita kan anak perempuan yang hebat,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must Watch Video

Advertisement