Skip to main content

Hiburan

Farah Fakhira Selamat Bersalin Anak Sulung - “Baby Betul-Betul Baik, Keluar Pun Senyum Je Dia”

Farah Fakhira

Sekilas

  • Farah Fakhira Fakhrulruzi selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada hari Selasa dan berkongsi berita gembira itu di Instastory.
  • Farah bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar walaupun tidak mendedahkan jantina atau waktu kelahiran bayi tersebut.
  • Suami Farah, Zaidul Ariff Abdul Malek, meninggal dunia secara tiba-tiba pada 31 Oktober tahun lalu selepas sempat menemaninya ke klinik untuk pemeriksaan kandungan.

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada Selasa.

Berita baik itu dikongsikan sendiri Farah menerusi hantaran di Instastory.

Menerusi perkongsian dibuat, Farah meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, Farah tidak berkongsi maklumat seperti jantina serta waktu sebenar dia melahirkan secara terperinci.

“Abang (arwah suami), Alhamdulillah sayang bersalin normal. Baby betul-betul baik, banyak mudahkan saya macam awak. Keluar pun senyum je dia,” luah Farah.

Sekadar info, suami kepada Farah iaitu Zaidul Ariff Abdul Malek disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas pengsan secara tiba-tiba sewaktu bermain badminton pada 31 Oktober tahun lalu.

Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami Farah ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi pada hari yang sama.

Sumber: Instastory Farah Fakhira

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement