Skip to main content

Selebriti

Fauziah Nawi Tegur Artis Senior Jangan Perkecilkan Pelapis Untuk Bukti Hebat – “Menegur Itu Hak, Membimbing Itu Sumbangan…”

Fauziah Nawi Tegur Artis Senior Jangan Perkecilkan Pelapis Untuk Bukti Hebat – “Menegur Itu Hak, Membimbing Itu Sumbangan…”

Sekilas

  • Datuk Fauziah Nawi menegaskan artis senior tidak patut memperkecilkan pelapis industri seni untuk tunjuk kehebatan diri.
  • Beliau berkata kehebatan sebenar seniman diukur melalui kesediaan membantu generasi baharu memperbaiki diri dan potensi mereka.
  • Fauziah menambah kematangan artis senior bukan hanya berdasarkan pengalaman lama, tetapi juga kesediaan berkongsi ilmu dan membimbing generasi seterusnya.
Advertisement

Pelakon vateran, Datuk Fauziah Nawi, berpandangan bahawa golongan artis senior tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan pelapis industri seni semata-mata untuk membuktikan kehebatan diri.

Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah berkata kehebatan sebenar seorang seniman bukan hanya terletak pada pengalaman dan pencapaian yang dimiliki, sebaliknya turut dinilai melalui kesediaan mereka membantu generasi baharu memperbaiki diri serta mengembangkan potensi mereka.

Advertisement

“Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya. Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik daripada dirinya.

“Kita tidak mengharapkan semua artis senior menjadi guru. Tetapi apabila mereka memilih untuk bersuara tentang kelemahan pelapis, alangkah baiknya jika suara itu turut membawa penyelesaian.

“Menegur itu hak. Membimbing itu sumbangan. Mewariskan ilmu itu legasi,” tegasnya.

Tambah Fauziah lagi, kematangan seseorang artis senior tidak seharusnya diukur berdasarkan tempoh penglibatan mereka dalam industri semata-mata, sebaliknya merangkumi kesediaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan generasi seterusnya.

“Kematangan seorang artis senior bukan hanya diukur melalui berapa lama dia berada dalam industri, tetapi melalui kesediaannya berkongsi ilmu dan membesarkan generasi selepasnya,” coretnya.

Advertisement

Sumber: Threads @fauziahnawi

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement