Skip to main content

Selebriti

Faye Kusairi Masih Aktif Berlakon, Tak Sibuk Kejar ‘Limelight’ Tapi Lebih Selektif Pilih Watak - “Saya Seorang Pelakon Bukan Selebriti…”

Faye Kusairi

Sekilas

  • Faye Kusairi masih aktif berlakon tetapi kini lebih selektif memilih tawaran berdasarkan masa, watak, dan produksi.
  • Dia tidak mengejar populariti dan lebih suka menjauh dari perhatian umum, menyebabkan kurangnya paparan di arus perdana.
  • Faye bercita-cita untuk berlakon dalam bahasa Sarawak dan merancang membuka bengkel lakonan khas untuk bakat di sana.

Pelakon, Faye Kusairi memaklumkan dirinya masih aktif dalam dunia lakonan meskipun tidak lagi kerap muncul di kaca televisyen seperti sebelum ini.

Menurut Faye, berkata dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan, terutamanya dari segi masa, watak dan juga produksi.

“Dah tak berlakon lagi ke? Masih, in fact drama yang saya involve pun masih airing on Astro Ria slot Megadrama ‘Andai Itu Takdirnya 2’, terbitan SR One (penerbit 7HM juga). 

“Saya banyak juga memilih timing, watak dan offer untuk lakonan. Sejujurnya tak banyak dah pun offer lakonan macam sebelum ni. 

“Ye lah, saya pun dah berumur dan look not as attractive as others. Saya hanya seorang pelakon, bukan selebriti,” tegasnya.

Tambahnya Faye lagi, dia bukanlah seorang yang gemar menjadi perhatian umum dan tidak terlalu mengejar populariti.

“Saya tidak hidup bergantung kepada perhatian atau populariti, malah sebenarnya saya lebih suka menjauh daripadanya. 

“Jadi mungkin sebab itu orang kurang memberi perhatian kepada saya dalam arus perdana.

“Aktif memuat naik di media sosial dan menghadiri acara sosial adalah antara perkara yang perlu dilakukan untuk kekal relevan sebagai seorang selebriti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Faye juga turut menyimpan hasrat untuk berlakon menggunakan bahasa Sarawak iaitu bahasa ibundanya.

“Saya suka acting craft. So dats why saya pursue in acting coach. Jadi alhamdulillah adalah rezeki untuk mengajar pula lepas ni. 

“As for now, in acting saya teringin nak berlakon dalam bahasa ibu pertiwi saya, Sarawak dan juga buat bengkel lakonan khas untuk bakat disana. 

“Belum ada rezki lagi ke arah sana. One day maybe. Insya-Allah,” coretnya.


Berikut merupakan perkongsian penuh Faye di platform Threads: 

 

Sumber: Threads @fayekusairi
 

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement