Skip to main content

Hiburan

Fazura Tegur Tindakan Individu Tinggal Komen Provokasi Ketika Buat ‘Live’ - “Contoh Manusia Yang Hobinya Masuk…”

Fazura

Sekilas

  • Nur Fazura berkongsi komen negatif yang mengaitkan bekas suaminya, Fattah Amin, ketika siaran langsungnya di Instagram.
  • Fazura menganggap komen provokatif itu tidak masuk akal dan tidak sesuai ketika dia sedang mencari rezeki.
  • Dia juga memuat naik komen positif dari netizen yang menyokong dan membeli telekung untuk hadiah ibu mereka.

Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura menerusi Instastory miliknya berkongsi paparan skrin komen netizen yang dianggap berunsur provokasi dan negatif. 

 

Menerusi komen yang ditinggalkan ketika siaran langsung (live), netizen itu mengaitkan bekas suami Fazura iaitu aktor Fattah Amin yang sudah berkahwin baharu. 

 

“Dah move on belum, duda dah berbahagia dengan isteri solehahnya,” tulis individu tersebut. 

 

Bagaimanapun Fazura menganggap komen tersebut tidak masuk akal kerana individu itu berkata demikian ketika dia sedang mencari rezeki. 

 

“Contoh manusia yang hobinya masuk live orang yang sedang mencari rezeki dengan komen bersifat provokasi dan tidak masuk akal… bila ditegur balik, mereka kata toksik. Aneh,” tulisnya. 

 

Dalam pada itu, Fazura turut memuat naik komen netizen yang positif. 

 

“Contoh orang baik yang masuk live untuk beli telekung buat dihadiahkan buat ibunya,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement