Pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya.
Fazziq berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram.
"Bismillahirrahmanirrahim 🤍," tulisnya ringkas.
Ketika dihubungi Gempak, Fazziq akui sudah mengikat tali pertunangan ini hampir setahun.
"Saya kalau boleh tak nak kongsi lebih-lebih sangat sebab bagi saya ini adalah privasi saya dan pasangan.
"Apa yang boleh saya cakap sekarang kami sudah lama mengikat tali pertunangan. Yang saya share itu adalah gambar pre wedding kami," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu juga memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
"InshaAllah, dalam masa terdekat, nanti saya kongsikan tarikh. Apa-apa doakan semuanya berjalan dengan lancar nanti, terima kasih," ujar Fazziq.