Filem Kahar: Kapla High Council mendapat sebanyak 10 pencalonan dalam sembilan kategori di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).
Kategori yang dimaksudkan adalah Tatarias/Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Penyunting Terbaik, Aksi & Lagak Ngeri Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.
Advertisement
Lebih manis lagi, dua pelakon dalam Kapla: High Council iaitu Amir Ahnaf dan Fadhli Masoot tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan.
Manakala pelakon hebat, Aedy Ashraf juga turut tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Kahar: Kapla High Council yang juga merupakan terbitan Astro Shaw ini juga turut dicalonkan untuk kategori Pengarah Terbaik (Razaisyam Rashid).
Selain Kahar: Kapla High Council, filem Gold juga turut mendapat tiga pencalonan bagi tiga kategori iaitu Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Jordan Kuan), Lagu Tema Terbaik dan Poster Terbaik.
Gold merupakan terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment.
Senarai nama tersebut diumumkan ketika majlis Malam Perasmian & Pengumuman Top 5 FFM 34 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Antara filem lain yang turut mendapat pencalonan adalah Blood Brother: Bara Naga, Takluk: Lahad Datu dan Soloz: Game Of Life.
Bagi kategori filem terbaik karya yang tercalon ialah Soloz: Game Of Life, Takluk: Lahad Datuk, Reversi, Blood Brother: Bara Naga dan Babah.
Hadir merasmikan majlis pengumuman itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Sempena penganjuran FFM34, satu program tribute khas juga diadakan sebagai penghargaan buat penggiat seni veteran tanah air.
Mereka yang diraikan ialah pelakon Datin Rosnani Jami, Datuk Rahim Razali dan Ruminah Sidek serta pengarah Othman Hafsham.
Sementara itu turut diumumkan pemberian dana kandungan kreatif berjumlah RM1 juta bagi pemenang Filem Terbaik.
Malam kemuncak Anugerah FFM34 akan berlangsung pada 1 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa Angkasapuri Kota Media.