Skip to main content

Hiburan

Filem 'Malam Terlarang' Rangkul Dua Anugerah Di AMPFKL 11

Astro Gempak

Sekilas

  • Filem seram Malam Terlarang menang dua kategori utama Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik di Anugerah MPFKL Edisi Ke-11.
  • Sofia Jane juga dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Mencari Ramlee dalam majlis yang berlangsung di Shah Alam.
  • MPFKL terus memberi pengiktirafan kepada mutu seni dan penceritaan filem tempatan melalui anugerah yang menilai karya dari perspektif pengkritik.
Advertisement

Filem seram Malam Terlarang terus membuktikan keunggulannya apabila dua pelakonnya, Sofia Jane dan Sabri Yunus diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) Edisi Ke-11.

Selain Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sofia Jane juga dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Mencari Ramlee

Advertisement

Perkara itu diumumkan menerusi majlis pengumuman pemenang yang berlangsung di Kafe Tiga Belas, Shah Alam semalam.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi pencapaian Malam Terlarang yang sebelum ini mendominasi senarai pencalonan dengan lapan kategori keseluruhan.

Selain dua kemenangan berkenaan, filem arahan Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu itu turut menerima pencalonan bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Advertisement

Senarai pemenang utama AMPFKL11:
* Filem Terbaik: Macai
* Pengarah Terbaik: Bebbra Mailin (Ninavau)
* Lakon Layar Terbaik: Muzammer Rahman & Bebbra Mailin (Ninavau)
* Sinematografi Terbaik: Gwai Lou (Macai)
* Pelakon Wanita Terbaik: Sofia Jane (Mencari Ramlee)
* Pelakon Lelaki Terbaik: Hindra Bose (Simple Manusan)
Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem tersebut mengetengahkan sisi gelap obsesi terhadap ilmu hitam serta kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan kewarasan manusia.

Naskhah itu mengisahkan Mawar, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kampung Pasir Larung yang terpaksa melupakan cita-citanya menjadi wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila bapanya, Omar lebih memberi tumpuan terhadap karier politiknya sebelum kehidupan mereka berubah selepas kematian misteri kakaknya, Safar.

Rentetan tragedi tersebut, Mawar mula diganggu pelbagai kejadian paranormal sehingga nekad menyiasat sendiri punca sebenar kematian kakaknya.

Malam Terlarang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Sementara itu, penganjuran MPFKL Edisi Ke-11 diteruskan sebagai usaha memperkukuhkan budaya apresiasi filem tempatan selain memberi pengiktirafan terhadap mutu seni, pencapaian teknikal dan kekuatan penceritaan dalam sinema Malaysia.

Ditubuhkan pada November 2011, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur menghimpunkan editor, penulis, blogger dan pencipta kandungan yang aktif mengulas filem tempatan serta antarabangsa.

Sejak diperkenalkan, Anugerah MPFKL menjadi antara platform penting yang menilai karya filem dari perspektif pengkritik dengan memberi penekanan terhadap nilai artistik dan mutu sinematik sesebuah naskhah.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement