Skip to main content

Viral

Finalis Miss Universe Malaysia 2026 Dikritik, Ayu Omar Bersuara - "Masih Ada Masa Untuk Perkemaskan"

Finalis Miss Universe Malaysia 2026 Dikritik, Ayu Omar Bersuara - "Masih Ada Masa Untuk Perkemaskan"

Sekilas

  • Presiden Ratu Prestigious Event Management, Ayu Omar, mempertahankan finalis Miss Universe Malaysia 2026 walaupun menerima kritikan di media sosial.
  • Ayu menegaskan perubahan positif yang ditunjukkan finalis sejak sesi uji bakat membuktikan kesungguhan mereka memperbaiki diri sebelum pertandingan.
  • Miss Universe Malaysia 2026 akan berlangsung pada 30 September dan 2 Oktober, dengan pemenang mewakili Malaysia ke pertandingan di Puerto Rico pada November.
Advertisement

Barisan finalis Miss Universe Malaysia (MUM) 2026 menjadi perhatian apabila pemilihan peserta tahun ini menerima kritikan segelintir peminat pertandingan ratu cantik di media sosial.

Presiden Ratu Prestigious Event Management (RPEM), Ayu Omar mengakui menyedari komen yang diberikan terhadap finalis, namun tetap mempertahankan potensi peserta yang sudah dipilih.

Advertisement

Menurut Ayu, perubahan yang ditunjukkan beberapa finalis sejak sesi uji bakat membuktikan mereka mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki diri.

“Kalau kita tengok sendiri, sama ada wartawan mahupun pencinta pertandingan ratu cantik, video daripada hari uji bakat dengan keadaan mereka pada hari ini memang sangat berbeza. Kita hanya membuat sedikit perubahan kepada mereka.

“Kita masih mempunyai masa sebelum minggu pertandingan, iaitu lebih kurang tiga minggu lagi. Selain itu, untuk persediaan ke Puerto Rico pada November juga masih ada masa.

“Memang ada yang menganggap tempoh itu agak singkat, tetapi jika kita mempunyai usaha dan kesungguhan untuk mengubah diri, khususnya dalam kalangan finalis, pasti akan ada hasil,” katanya.

Ayu turut mengingatkan semua finalis supaya tidak terlalu terkesan dengan komen negatif, sebaliknya menjadikannya sebagai motivasi untuk memperbaiki diri.

“Pagi tadi sewaktu sesi latihan, saya sendiri bercakap dengan kesemua finalis. Kalau kamu semua melihat komen negatif itu dari sudut negatif, maka negatiflah hasilnya.

“Tetapi kalau kamu melihat komen negatif itu dari sudut positif, maka ia juga boleh menjadi sesuatu yang positif.

“Kalau kita lihat, pada hari uji bakat ada beberapa peserta yang kelihatan agak berisi. Namun, daripada komen-komen negatif itu, mereka mengambil sisi positif untuk memperbaiki diri.

“Alhamdulillah, kita dapat lihat pada hari ini finalis-finalis sudah sangat bersedia. Mungkin masih ada beberapa perkara yang perlu kita perkemaskan lagi sebelum minggu pertandingan, insya-Allah,” katanya.

Dalam masa sama, Ayu percaya finalis MUM 2026 mempunyai lebih daripada sekadar penampilan fizikal untuk diketengahkan.

“Saya percaya finalis-finalis pada tahun ini yang telah dipilih oleh pihak organisasi adalah barisan yang sangat luar biasa.

“Mereka mempunyai kesungguhan untuk mengubah diri sendiri dan menggunakan platform ini sebaik-baiknya untuk menjadi suara kepada rakyat Malaysia,” katanya.

 

MUM 2026 dijadual mengadakan pertandingan awal pada 30 September sebelum malam kemuncak pada 2 Oktober.

Pemenangnya akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2026 di Puerto Rico pada November.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

Must Watch Video

Advertisement