Skip to main content

Hiburan

Fokus Kepada Penyatuan Kaum, Adi Putra Terbuka Ceburi Bidang Politik - “Kalau Dah Ketentuan, Saya Tak…”

Adi Putra

Sekilas

  • Datuk Adi Putra tidak menolak kemungkinan untuk lebih serius dalam bidang politik, namun menegaskan bahawa menjadi wakil rakyat bukan matlamat utamanya.
  • Adi menekankan pentingnya politik matang yang fokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan penyatuan kaum, bukannya perpecahan.
  • Pelakon filem Mat Kilau ini juga bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Konspirasi yang menampilkan beberapa pelakon hebat lain.
Advertisement

Pelakon, Datuk Adi Putra tidak menolak kemungkinan untuk dirinya lebih serius dalam menceburi bidang politik.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim ini menegaskan bahawa fokus utamanya bukanlah untuk bergelar wakil rakyat.

Advertisement

Malah, Adi menjelaskan bahawa impian untuk menjadi seorang wakil rakyat bukanlah satu matlamat peribadi kerana masih banyak aspek lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian.

“Kalau dah ketentuan, saya tak menolak cuma impian jadi YB tu tidak. Tapi saya memang minat dunia politik ni.

“Sekiranya itu yang tertulis, manifesto saya adalah untuk menyatupadukan kaum kita yang berbilang kaum yang sebenarnya sudah lama dilupakan,” katanya kepada Gempak.

Adi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.

Mengulas lanjut, pelakon filem Mat Kilau ini dalam masa yang sama memaklumkan bahawa perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sudah mempunyai pengalaman awal dalam dunia politik.

“Saya dah lama melibatkan diri dalam dunia politik, mungkin boleh buat carian semula semua gambar saya berkempen sebelum ini.

“Bukan sehari dua saya dalam politik cuma itu bukan iltizam utama saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai trend politik masa kini, Adi berpendapat bahawa politik masa kini perlu lebih matang dan lebih memberikan fokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan bukanlah perpecahan.

“Politik ini harus politik matang, bukan politik yang melagakan. Kita nak meleraikan, bukan melagakan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Adi bakal tampil menerusi filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi.

Selain Adi, filem yang mendapat sentuhan Ghaz Abu Bakar ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Che Puan Sarimah Ibrahim, Shiqin Kamal dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement