Skip to main content

Viral

Gegar Vaganza 12: Penuh Surprise! Penyanyi Legenda Zaiton Sameon Diumum Bintang Ke-14?

Zaiton Sameon

Pentas Gegar Vaganza 12 (GV 12) dikejutkan dengan kemunculan penyanyi, Zaiton Sameon yang bakal bertempur bersama 13 peserta GV yang lain.

Zaiton membuat penampilan dengan baju berwarna merah ketika sesi memperkenal barisan peserta GV.

Advertisement

Penonton cukup terkedu dengan pengumuman tersebut selepas Zaiton dilihat tampil di atas pentas selepas pengenalan dari Shy8.

Mewakili Malaysia, barisan peserta Gegar Vaganza GV12 menampilkan nama-nama hebat seperti penyanyi solo Dato’ Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan, bersama duo pop Freshies (Ejie dan Shima) yang bakal menghidupkan semula pesona irama tempatan.

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Must-Watch Video

Advertisement