Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Persembahan Superb Iskandar Raih Markah Tertinggi 84.25%, Nubhan Pula 78.25%… Jom Semak Markah Penuh!

GV12- Iskandar mata tertinggi

Sekilas

  • Iskandar Ismail dan Liza Aziz mendominasi minggu keempat Gegar Vaganza 12 dengan markah tertinggi 84.25%, mendapat pujian juri Datuk Ramli MS.
  • Shy8 dan Datuk Elaine Kang diumumkan tersingkir pada minggu keempat dengan markah terendah masing-masing 52.00% dan 46.75%.
  • GV12 menampilkan 13 bintang dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura, dengan juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS serta pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza 12 (GV12) menyaksikan kehebatan 13 bintang bersama pasangan duet masing-masing.

Minggu ini menyaksikan Iskandar Ismail berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 84.25 peratus.

Tidak cukup dengan itu, Iskandar menjadi antara bintang terhangat apabila juri tetap, Datuk Ramli Ms mengatakan persembahannya bersama Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You nyanyian asal Marc Anthony dan Tina Arena sebagai satu persembahan yang hebat.

Namun terdapat dua nama terpaksa akur apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keempat iaitu Shy8 (52.00 peratus) dan Datuk Elaine Kang (46.75 peratus).
 
Berikut merupakan recap dan markah minggu keempat GV12:

Iskandar ft Liza Aziz: I Want To Spend My Lifetime Loving You  (84.25%)

Datuk Ramli MS: “Lagu ini kalau tengok range saya lebih suka awak ambil yang low register macam korus pertama. Apa yang awak buat ini tak salah, bagus dah, tetapi lagi cantik dengan low register itu sebab awak naik tinggi bersatu dengan suara Liza. Apa pun persembahan ini sangat grand, very good job,”


Nubhan ft Mawi: Kian (78.25%)

Hetty Koes Endang: “Kenapa kamu pakai baju santai begini, Mawi pakai smart sementara kamu begini. Kamu ada konsep sudah bagus, idea yang cemerlang cuma kami para juri penampilan itu penting juga. Kalau segi vokal bunda tidak ketakutan. Kalau kamu teruskan begini, pada bunda malam ini diantara semua peserta, kamu gebrek!”


Krisya ft Azmi Saat: Fantasia Bulan Madu (69.00%)

Hetty Koes Endang: “Mungkin ada 100 penyanyi yang sudah ‘makan’ lagu ini, maksudnya sudah biasa tetapi ini arrangementnya grande. Kalian cukup harmoni, solo solo dapat, hanya ada satu, sebagai penyanyi lihat dia punya rhythm, lagunya ini besar, kamu beri sedikit sahaja,”


Mendua ft Kaer Azami: Izinku Pergi (68.25%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, tadi ada yang sedikit masuk awal. Saya tidak tahu mungkin kurang latihan atau apa tetapi harmoninya hari ini agak kurang baik sedikit. Selalunya lebih bagus harmoninya. Nasihat saya, saya suka kreativiti anda cuma jangan terlalu ambitious kadang-kadang,”


Mark Adam ft Mimifly: Jangan Kau Mimpi (66.25%)

Hetty Koes Endang: “Kalau saya lihat dari segi koregrafi itu sudah 100 nilainya, tidak ada yang cacat. Tetapi hati-hati ini tetap pertandingan, penafasan kamu tidak on, ingat saingan kamu bukan siapa siapa tetapi diri kamu sendiri,”


Shae ft Tomok: Cari Jodoh (65.75%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Permainan pentasnnya bagus sekali, awak adalah seorang yang tidak malu  bermain dengan karakter dan saya sangat suka. Saya suka apa yang awak lalukan iaitu komedi dan suara, nadanya sesuai dengan watak komedi yang anda mainkan, di situ cerdik, tapi ini pertandingan adakalanya awak harus tunjukkan vokal kualiti,”


Mel Sakura ft Naqiu: Dua Insan Bercinta (65.50%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka bahagian harmoni bersama Naqiu sangat cantik di situ. Secara keseluruhan persembahan ini sangat bersih bagi saya. Cuma sikit sahaja, saya masih mencari-cari siapa Mell Sakura yang sebenarnya,”


Ruri Repvblik ft Didi Hijau Daun: Suara Ku Berharap (64.25%)

Datuk Ramli MS: “Tuhan beri anugerah warna suara dan intelektual kepada kamu tetapi dalam nyanyian ada teori teknikal dan kamu harus belajar teori itu kalau tidak rugi angerah Tuhan. Lain orang tak dapat hanya segelintir sahaja. Duet okay tapi kalau teknikal potong, tetapi jiwa lagu dua dua cun,”


Freshies ft Ina Freshies & Mamat Exists: Rahsia Pohon Cemara (63.25%)

Hetty Koes Endang: “Duet ini sebetulnya solo solonya itu harus kuat, harus punya strategi, sesuaikan dengan lagu, tadi sangat bagus, penjiwaan bagus, kompak, malam ini kalian aman, ingat harus ada strategi jangan begitu sahaja setiap minggu,”


Rahmat Ekamatra ft Ayai Ilusi: Tiara (61.50%)

Datuk Ramli MS: “Kamu memang kapaklah (lagu),”


Korie ft Saiful Apek: Hanya Nyanyian Dalam Sepi (57.00%)

Datuk Ramli MS: “Dua orang ni nampak sempoi, malam ni nampak okay. Korie, biasakan dengan hidup seorang atas pentas, tak ada orang nak tolong awak, just berdiri atas kaki sendiri,”


SHY8 ft Farahdiya: Siapa Dia Sebelum Daku (52.00%)

Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka sebutan dari minggu ke minggu makin baik dan kurang mengada ngada, harmoni dah ada, cuma suara awak macam leper sikit, persembahan ini okay, manis tapi jangan lupa penonton di hadapan,”


Datuk Elaine Kang ft Dia Fadila: Yesterday Once More (46.75%)

Hetty Koes Endang: “Saya suka cara kamu appreciate tetapi kompetisi tetap kompetisi, jadi menurut saya awak harus terus lagi berbakti dan terus berbakti,”

Berikut adalah keputusan penuh bintang GV12 mengikut ranking:

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement