Skip to main content

Selebriti

Lebih Setahun Berkenalan Rapat, Ahirine Ahirudin & Hafidz Hamid Bakal Tamat Zaman Bujang? - "Jika Dipermudahkan, Paling Cepat Pada..."

Astrogempak

Sekilas

  • Ahirine Ahirudin dan Hafidz Hamid sedang merancang untuk berkahwin, namun memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
  • Pasangan ini mula berkenalan ketika aktif dalam sukan berbasikal dan memilih untuk lebih berhati-hati berkongsi hal peribadi bagi mengelakkan spekulasi negatif.
  • Hubungan mereka mula mendapat perhatian selepas berkongsi momen bersama di media sosial, dan mereka berharap perancangan perkahwinan dapat dipercepatkan jika dipermudahkan.

Selepas lebih setahun menjalin hubungan rapat, pelakon Ahirine Ahirudin mengakui sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga bekas atlet berbasikal, Hafidz Hamid.

Menurut Hafidz, mereka kini dalam usaha ke arah itu, namun memilih untuk memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

“Insya-Allah kami sedang berusaha untuk mempercepatkan segala perancangan supaya tidak timbul sebarang kata-kata negatif daripada netizen.

“Namun, untuk tahun ini agak padat kerana saya sendiri mempunyai komitmen kerja dan beberapa perkara yang perlu dicapai.

“Kami memang agak terikat dengan jadual masing-masing. Insya-Allah, jika dipermudahkan, paling cepat pun tahun hadapan,” katanya kepada Gempak.

Pasangan tersebut ditemui ketika hadir pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu, Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall,  malam tadi.

Berkongsi mengenai detik perkenalan, Hafidz mendedahkan hubungan mereka bermula ketika kedua-duanya aktif dalam dunia sukan berbasikal.

“Kami mula berkenalan sejak dahulu lagi ketika dia aktif dalam sukan berbasikal sebelum beralih ke Muay Thai.

“Kebetulan saya juga bekas atlet berbasikal, jadi dari situlah titik perkenalan kami bermula. Jarang juga untuk melihat individu yang menarik dalam dunia berbasikal, namun di situlah saya mula mengenalinya,” katanya.

Dalam masa sama, Hafidz berkata mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi bagi mengelakkan sebarang andaian yang tidak berasas.

“Dalam situasi seperti ini, orang luar tetap akan bercakap walaupun bukan netizen. Apabila kita membuka ruang, pelbagai andaian akan timbul.

“Lebih baik kami mengambil langkah untuk menutup ruang spekulasi daripada terus berlarutan dengan perkara yang tidak benar,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Ahirine dan Hafidz mula mendapat perhatian apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement