Skip to main content

Hiburan

#GempakWeeklyEdition: Jangan Lupa, Que Haidar Sebelum Trend Jamilah Adalah Amy Mat Piah!

Que Haidar

Ini bukan anekdot tentang menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perbuatan yang telah dilakukan lalu mendapat beragam pandangan.

Ini hanya anekdot tentang siapa Que Haidar, aktor lelaki yang tiba-tiba menjadi bualan kerana trend Jamilah yang bersepah-sepah di media sosial sejak minggu lalu.

Ini adalah pengenalan buat generasi masa kini bahawa Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar yang memakai nama pentas Que Haidar merupakan seorang anak seni berwibawa dan disegani dalam industri hiburan terutama di layar filem dan kaca televisyen.

Jauh sebelum Que, 46, terjebak dengan ‘permainan’ media sosial dan ‘Jamilah-nya’, beliau telah membintangi pelbagaigenre filem dan drama yang meletakkannya pada satu aras tersendiri sebelum beliau perlahan memperlahankan karier setelah berkahwin demi memberi tumpuan kepada keluarga.

Sekadar menyebut beberapa karya lakonan Que yang cukup mengesankan adalah karakter ciptaan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid menerusi filem Rock! Oo - beliau adalah rocker kampung bernama Amy Mat Piah.

Lakonan bersahaja dengan mimik muka dan skrip tanpa bersalah yang dilontar dipadankan dengan imej yang dibina

dalam filem sekuel Rock yang ditayangkan pada 2013 itu membuatkan Que sehingga kini glamor dengan panggilan Amy Mat Piah dalam kalangan generasi yang lahir dan membesar bersama lakonannya.

Selain Amy Mat Piah, Que juga terkenal sebagai Deris menerusi filem satira Zombie Kampung Pisang ; yang kedua-duanya menampilkan sisi beliau sebagai pemain watak humor.


Sebagai anak seni, bakat Que diiktiraf. Beliau pernah membawa pulang pengiktirafan Pelakon Harapan lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-19 menerusi filem Castello (2006) lewat lakonan hebatnya sebagai Sepet dan drama Malek yang ditayangkan pada 2018 lalu tidak akan pernah membuatkan bakat semula jadi Que padam.

Hari ini, meski Que, si penyandang duda anak dua setelah rumah tangga yang dibina dengan guru tari Linda Jasmine kandas pada Julai lalu dilihat ‘menyerikan’ dunia media sosial dengan konten merapu tayang badan ‘sado’ dan mencari Jamilah membuat namanya meledak dan disebut-sebut, ketahuilah beliau memiliki sejarah sebagai anak seni sejati yang cukup banyak.

Hanya barangkali, Que yang terkenal baik hati dan penuh humor sengaja mengisi masa mengikuti ‘permainan’ media sosial untuk menghibur hati.

Dan Que, satu pesanan, nanti kalau sudah jumpa Jamilah, jangan lupa pulang ke pangkal jalan - tabur peluru tajam, kepakaran lakonan anda dalam dunia drama dan perfileman.

Must-Watch Video

Advertisement