Sekilas
- Marsha Milan muncul juara AJL39 dengan lagu 'Hening Rindu', manakala Nadeera dan lagu 'Bukan Lagi Kita' menjadi tular sepanjang 2025.
- Datuk Seri Siti Nurhaliza terima Lifetime Achievement Award dan keluarkan album baru, manakala Bella Astillah diiktiraf sebagai wanita inspirasi dalam Top 50 Women of Excellence 2025.
- Konsert GenKRU pecah rekod Malaysia Book of Records, dan konsert Sheila Majid serta Empat Live in Kuala Lumpur 2025 menarik ribuan peminat dengan persembahan hebat.
Tahun 2025 merupakan tahun yang signifikan bagi selebriti dan pempengaruh Malaysia, seperti Masha Milan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bella Astillah, Khairul Aming dengan pencapaian mereka yang luar biasa.
Ini senarai selebriti yang mempunyai pencapaian terbaik 2025;
Marsha Milan pertama kali juara di AJL

- Mula dikenali sejak Akademi Fantasia (AF) musim ke-3
- Pencapaian luar biasa iaitu juara AJL39 (2025) untuk lagu ‘Hening Rindu’ membuktikan keikhlasan dan disiplin Marsha bertahan hampir 20 tahun
Nadeera ‘Bukan Lagi Kita’

- Menjadi lagu paling hit dan menjadi tular sepanjang 2025
- Lagu tersebut juga berjaya mendapat tempat kedua di AJL39
- Persembahan Nadeera ketika di AJL itu juga ‘memorable’ sebab veil jatuh dari atas
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menerima anugerah & album terbaru

- Menerima Lifetime Achievement Award pada AFFIN INVIKTA Top50 Women of Excellence Awards 2025, menonjolkan kejayaan berpanjangan kerjaya beliau.
- Juga muncul dengan album baru Gema Bumantara, membawa elemen tradisional Melayu dan kolaborasi serantau
Bella Astillah, Wanita Inspirasi
- Dia dipilih sebagai salah seorang wanita inspirasi dalam senarai Top 50 Women of Excellence 2025, yang mengiktiraf dedikasi dan kejayaannya dalam industri seni sebagai pelakon, penyanyi dan figura media sosial.
- Anugerah ini juga menghargai ketabahan dan usaha konsisten Bella, terutama sebagai ibu tunggal yang terus berkembang dalam kerjaya walaupun menghadapi cabaran peribadi.
Sweet Qismina, tahun bertuah

- 2025 merupakan tahun cemerlang bagi Sweet Qismina — dia bukan sahaja menang Pelakon Wanita Terbaik di FFM34, tetapi juga Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di AIFFA 2025, membawa pulang dua trofi berprestij untuk lakonannya dalam Babah.
- Bukan saja Sweet, pelakon gandingannya dalam filem itu iaitu Qi Razali turut memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Amir Ahnaf, Bintang menyerlah

- Amir menerima anugerah Pelakon Lelaki Harapan di FFM34, festival filem nasional paling berprestij di Malaysia pada 2025.
- Kemenangan itu dianggap sebagai pengiktirafan awal kerjaya lakonannya dan dorongan untuk terus berkembang dalam dunia lakonan Malaysia.
Aina Abdul, menang banyak anugerah
- Tahun 2025 merupakan salah satu tahun paling cemerlang dalam kerjaya Aina Abdul, menang 4 anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), termasuk:
- Best Female Vocal Performance
- Best Pop Song untuk Jangan Mati Rasa Itu
- Song of the Year (Jangan Mati Rasa Itu)
- Best Album Recording
- Beliau juga diberi kepercayaan menyumbangkan suara dalam acara antarabangsa besar, iaitu ASEAN Summit 2025, bertajuk Our Land, Our Home
Khairul Aming, Restauran Rembayung

- Langkah membuka restoran, Rembayung merupakan puncak pencapaian Khairul Aming pada 2025, menghimpunkan kejayaan beliau sebagai influencer makanan, usahawan produk seperti Sambal Nyet, dan kini sebagai pemilik tempat makan besar di ibu kota — satu bukti bahawa beliau berjaya menukar pengaruh digital kepada perniagaan fizikal yang bernilai tinggi.
Konsert Terbaik 2025
GenKRU

- Konsert GenKRU yang dianjurkan oleh legenda muzik pop Malaysia KRU (Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim) pada tahun 2025 mencatat beberapa rekod dan pencapaian penting yang menjadi kebanggaan industri hiburan Malaysia:
- Konsert GenKRU 2025 mendapat dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records selepas penganjurannya di Axiata Arena, Bukit Jalil:
- Most Shows in a Single Concert Series
- Most Concert Tickets Sold Out in an Hour
Datuk Sheila Majid

- Sebanyak 9,000 peminat hadir memenuhi Axiata Arena untuk menyaksikan persembahan beliau, menjadikan konsert ini antara acara muzik paling ramai penonton pada 2025 di Malaysia.
- Konsert ini diraikan sebagai perayaan legasi muzik Sheila Majid, memaparkan lebih 20 lagu ikonik dari pelbagai era termasuk Sinaran, Legenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, dan banyak lagi.
- Persembahan hampir tiga jam itu bukan sekadar konsert biasa — ia merupakan perjalanan muzik yang membawa penonton melalui pelbagai fasa karier Sheila Majid dan menunjukkan ketahanan beliau sebagai salah seorang ikon terbesar muzik Malaysia.
Konsert 4 (Ernie, Syamel, Ziana Zain, Anuar Zain)

- Konsert Empat Live in Kuala Lumpur 2025 adalah salah satu acara muzik paling dinanti dan bersejarah dalam industri muzik Malaysia pada tahun 2025 — malah dianggap sebagai kolaborasi unik antara empat penyanyi tersohor dari satu keluarga seni, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel
- Lebih 4,000 – 4,500 peminat hadir menyaksikan persembahan ini secara langsung, memaparkan sokongan kuat kepada artis tempatan dan kolaborasi ini.