Sekilas
- Media sosial Malaysia tahun ini dipenuhi dengan pelbagai kisah viral termasuk trend hiburan, isu selebriti, dan kemanusiaan yang mendapat perhatian ramai.
- Antara topik hangat adalah trend Jamilah oleh Que Haidar, fenomena #BASS yang melibatkan Bella Astillah dan Syed Saddiq, serta populariti Ammar Ahyan yang merendah diri.
- Kisah lain yang tular termasuk penahanan sukarelawan Sumud Flotilla, gelagat paranormal Roslan Shah dalam Night Walk, dan kemelut hubungan antara Jofliam, Cik Epal, dan Dewi.
Media sosial tahun ini dibanjiri dengan pelbagai kisah tular atau trending yang ‘meletup’.
Kisah-kisah itu bermula daripada trend hiburan yang mencetuskan fenomena, kisah selebriti yang mengundang perdebatan sehinggalah isu kemanusiaan yang menyentuh emosi rakyat Malaysia.
Nama-nama seperti Que Haidar, fenomena #BASS melibatkan Bella Astillah dan Syed Saddiq, populariti spontan Ammar Ahyan serta kemelut hubungan antara Jofliam, Cik Epal dan Dewi antara topik hangat netizen.
Jom imbas semula antara topik viral sepanjang tahun ini:
#Penangan Que Haidar & Trend Jamilah
Trend Jamilah mula tular selepas Que Haidar memuat naik video dirinya yang kini berbadan sado, sedang ‘miming’lagu tersebut sambil berbaring di atas katil.
Bagaimanapun kata Que, video berkenaan sebenarnya dirakam secara spontan ketika dirinya sedang mengantuk dan ingin tidur.
#Fenomena BASS
Hubungan akrab antara Bella Astillah dan YB Syed Saddiq mula menjadi perhatian ramai selepas mereka digandingkan sebagai duta bagi satu jenama baju raya tempatan pada tahun ini.
Disebabkan itu juga, timbulnya hashtag #BASS untuk pasangan kesayangan netizen ini.
#Ammar Ahyan makin popular
Anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan ini dikenali sebagai remaja yang merendah diri dan tidak gemar menunjuk kemewahan.
Ammar atau Ammayan ini mula tular kerana gelagatnya bersahaja semasa membuat ‘live’ di TikTok bersama bapanya.
#Sumud Flotilla
Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan sukarelawan Sumud Flotilla termasuk selebriti yang mengikuti misi tersebut iaitu Ardell Aryana, Zizi Kirana, Heliza, Hazwani Helmi oleh rejim Zionis.
Lebih teruk lagi, mereka juga turut menjadi mangsa kekejaman Israel.
#Paranormal Lucu Roslan Shah
Gelagat Roslan Shah ketika melakukan aktiviti paranormal iaitu Night Walk menjadi perhatian netizen.
Program Night Walk ini tular bukan disebabkan hantu sebaliknya reaksi spontan Roslan Shah bersama tetamu jemputan ketika berdepan situasi seram.
#Kemelut antara Jofliam, Cik Epal & Dewi
Dewi atau Emira Delyati Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Situasi menjadi tegang apabila Jofliam kemudian mengaku menjalin hubungan cinta dengan Dewi dan pasangan ini kemudiannya selamat berkahwin pada awal April lalu.