Sekilas
- Kumpulan ALPHA dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
- Mereka berjaya menewaskan empat pencabar lain termasuk Ary Hussin dan Qal-G dalam kategori tersebut.
- ALPHA turut dicalonkan dalam tiga kategori lain iaitu Vokal Kumpulan Terbaik, Lagu Pop Terbaik, dan Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu ‘P Ramlee Saloma’.
Kumpulan ALPHA mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Kemenangan tersebut menyaksikan ALPHA mengetepikan empat pencabar lain yang turut berada dalam senarai final kategori berkenaan.
Antara yang memberikan saingan ialah Ary Hussin menerusi lagu ‘Luka Terpaling Dalam’, Qal-G dengan ‘Sepi’, Yusuf Kassim dengan lagu ‘Sebelum Mata Terpejam’ dan Rezza Shah dengan lagu ‘Mungkin’.
Pada edisi kali ini, ALPHA turut menerima pencalonan Vokal Kumpulan Terbaik, Lagu Pop Terbaik serta Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu ‘P Ramlee Saloma’. Secara keseluruhan, kemunculan pertama mereka di AIM menyaksikan kumpulan itu memperoleh pencalonan dalam empat kategori.
AIM25 yang berlangsung malam ini meraikan karya serta penggiat muzik tempatan menerusi pelbagai kategori membabitkan penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan tenaga produksi.