Sekilas
- Eyka Farhana berkongsi video ‘Get Ready With Me’ sewaktu menanti kelahiran anak pertamanya di hospital.
- Dia sempat bersolek walaupun akhirnya melahirkan keesokan harinya selepas menanggalkan mekap.
- Perkongsian itu menghiburkan pengikut dan menerima pujian atas kerajinannya bersiap cantik ketika bersalin.
Pelakon, Eyka Farhana menyorot perhatian apabila berkongsi video ‘Get Ready With Me’ (GRWM) sewaktu dirinya sedang menanti detik untuk melahirkan cahaya matanya di sebuah hospital.
Menerusi hantaran yang dibuat, Eyka dilihat sempat bersolek dan berdandan sementara menanti kelahiran anak pertamanya yang diberi nama Muhammad Luay Khayr.
Apa yang mencuit hati ialah, isteri kepada pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid ini memaklumkan persiapannya itu tidak ‘menjadi’ kerana dia hanya melahirkan Luay pada keesokan harinya sewaktu sudah menanggalkan mekap.
“Get ready with me in labour room (even rupanya tak jadi beranak masa lepas makeup ni sebab besok tu baru lah Baby L nak beranak).
“Punya lah kita siap siap, tapi time dah remove makeup baru dia rasa nak terberanak,” selorohnya.
Perkongsian itu nyata menghiburkan para pengikutnya yang rata-rata terhibur melihat gelagat Eyka membuat persiapan awal sebelum bersalin.
Malah ada juga yang memuji kerajinan pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi untuk bersolek dan kelihatan cantik semasa melahirkan.
“Hmm awak sakit contraction pun cantik.
“Eyka tak mekap pun cantik.
“Kita masa nak beranak dulu, tudung sarung tu pun dah senget-senget kalah budak tadika time balik sekolah.
“Aku siap jadi penari tiang tapi dia siap mekap,” seloroh netizen.
Terdahulu, Eyka berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.
Sumber: Threads