Sekilas
- Dr. Diddy Hirdy memahami perasaan rakan-rakannya yang pernah menyertai Akademi Fantasia apabila mereka berpeluang beraksi di pentas Gegar Vaganza Fantasia.
- Beliau turut gembira melihat rakan-rakan seperjuangannya mendapat peluang kembali beraksi dan berharap mereka memberikan persembahan terbaik.
- Diddy berkongsi pengalaman berbeza apabila menerima pengiktirafan akademik PhD dalam muzik dari University of Liverpool, yang memberikan perasaan sukar digambarkan.
Penyanyi dan ahli akademik, Dr. Diddy Hirdy memahami perasaan rakan-rakannya yang pernah menyertai program Akademi Fantasia (AF) apabila berpeluang membuat kemunculan di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
Menurut Diddy, dia turut berasa gembira melihat rakan-rakan seperjuangannya kembali mendapat peluang untuk beraksi di pentas besar, sekali gus berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.
“Faham sangat perasaan kawan-kawan AF bila dapat peluang naik pentas GVF. Semoga kalian berjaya menuju puncak!” tulisnya.
Bagaimanapun, Diddy menjelaskan bahawa dia kini berada di pentas yang berbeza, namun pengalaman menerima pengiktirafan akademik juga memberikan perasaan yang sukar digambarkan.
“Saya mungkin di pentas berbeza. Perasaan naik atas pentas pakai jubah merah ini dan nama disebut memang tak boleh digambarkan.
“Sempena nak masuk musim konvo ini, saya imbas kembali kenangan ketika bergraduasi PhD in Music di University of Liverpool, United Kingdom,” katanya.