Sekilas
- Gwyneth Paltrow mendedahkan dia menolak babak seks dalam filem Great Expectations kerana bimbang bapa akan terkena serangan jantung.
- Dia berkongsi kisah ini dalam temu bual bersama Vanity Fair, mengenang pertemuan pertama dengan Ethan Hawke lebih tiga dekad lalu.
- Walaupun tahu babak itu hanya lakonan, Paltrow sangat berhati-hati kerana risau tentang pandangan bapa dan datuknya pada masa itu.
Aktres Gwyneth Paltrow mengaku menolak melakonkan babak seks dalam filem Great Expectations bersama Ethan Hawke kerana bimbang bapanya akan terkena serangan jantung.
Menerusi temu bual bersama Vanity Fair, bintang berusia 53 tahun itu mengenang semula kisah pertemuan pertama dengan Hawke untuk terlibat sebagai hero-heroin lebih tiga dekad lalu.
Hawke yang turut berada di lokasi sama kemudian mengenang bagaimana pengarah Alfonso Cuaron mencadangkan babak seks di antara dirinya dengan Paltrow.
“Masih ingat sewaktu Cuaron mencadangkan babak seks?” tanya Hawke kepada Paltrow. Aktres itu kemudian membalas: “Ya ampun! Saya waktu itu menolak kerana takut bapa saya akan terkena serangan jantung jika melihat anaknya memainkan babak seks.”
Meski mengetahui akan berlaku ‘permainan kamera’ dan mereka bukan benar-benar melakukan seks, dirinya tetap bimbang.
Menurut Paltrow, dirinya sangat berhati-hati dan mementingkan apa yang bakal difikirkan oleh bapa dan datuknya jika dia melakukan ‘kerja’ yang di luar batas.
“Pada waktu itu saya sangat berhati-hati dengan semua perkara namun sekarang tidak lagi,” katanya.