Skip to main content

Hiburan

Hafiz Hamidun Segan Disamakan Dengan Pak Ngah - “Dia Memang Tiada Pengganti…”

Hafiz Hamidun Segan Disamakan Dengan Pak Ngah - “Dia Memang Tiada Pengganti…”

Sekilas

  • Hafiz Hamidun berasa segan apabila disamakan dengan Allahyarham Pak Ngah yang dianggap legenda muzik tradisional Melayu.
  • Hafiz menghargai pujian Noraniza Idris yang pernah bekerjasama rapat dengan Pak Ngah dan berharap ia bukan sekadar publisiti.
  • Noraniza memuji jiwa Melayu kuat dalam muzik Hafiz dan teruja untuk bekerjasama dalam projek lagu tradisional terbaru mereka.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengakui berasa segan apabila dirinya disamakan dengan Allahyarham Pak Ngah yang disifatkan sebagai legenda muzik.

Menurut Hafiz, Pak Ngah juga merupakan antara figura yang menjadi idolanya dalam menghasilkan karya muzik khususnya yang berkaitan dengan muzik tradisional Melayu.

Advertisement

“Saya sebenarnya segan, memang tidak boleh hendak dibandingkan saya dengan arwah Pak Ngah. Arwah itu aras lain dan merupakan idola saya.

“Bila sebut lagu-lagu tradisional, Pak Ngah memang tiada pengganti. Pada saya, apa yang Kak Ani (Noraniza Idris) katakan itu membuatkan saya terharu sebab beliau lebih mengenali arwah,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Noraniza Idris atas kata-kata yang disifatkannya sebagai satu penghormatan besar, memandangkan penyanyi itu pernah bekerjasama rapat dengan Allahyarham Pak Ngah.

“Sejujurnya saya mengenali Pak Ngah sekadar menerusi karya-karyanya sahaja dan tidak pernah berjumpa atau bekerja dengan beliau.

“Tetapi saya ucapkan terima kasih apabila Kak Ani, seorang yang sudah lama bekerja dengan Pak Ngah, memberikan gambaran yang sedemikian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berharap pujian yang diberikan Noraniza bukan sekadar untuk tujuan publisiti memandangkan mereka bakal bekerjasama dalam projek muzik akan datang.

“Saya harap ia bukan publisiti semata-mata sebab saya memang ada hasilkan lagu untuk Kak Ani bagi projek akan datang,” katanya secara berseloroh.

Terdahulu, Noraniza meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menjalin kerjasama bersama Hafiz dalam menghasilkan naskhah lagu tradisional terbaharunya.

Noraniza memuji cara kerja Hafiz yang disifatkannya mempunyai persamaan dengan arwah Pak Ngah kerana memiliki 'jiwa Melayu' yang sangat kuat dalam setiap gubahan muzik.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement