Skip to main content

Selebriti

Hampir 10 Tahun Tinggalkan Silat, Izara Aishah Kembali Berlatih Demi Walinong Sari – “Muay Thai Umur 14 Tahun, Silat Dari Umur…”

Hampir 10 Tahun Tinggalkan Silat, Izara Aishah Kembali Berlatih Demi Walinong Sari – “Muay Thai Umur 14 Tahun, Silat Dari Umur…”

Sekilas

  • Izara Aishah menerima pujian atas persembahannya sebagai Puteri Walinong Sari dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara, khususnya pergerakan kepala yang unik.
  • Izara menjelaskan pergerakan tersebut hasil latihan seni tari silat dan Muay Thai yang dipelajarinya sejak remaja, walaupun baru kembali berlatih selepas berhenti selama 10 tahun.
  • Konsert Tradisional Gema Bumantara menampilkan Siti Nurhaliza buat kali pertama dengan konsep muzik tradisional, turut dimeriahkan artis tempatan dan Indonesia sebagai usaha mengangkat muzik tradisional ke generasi muda.
Advertisement

Pelakon, Izara Aishah tampil memberikan respons terhadap komen seorang individu yang memuji persembahannya sebagai Puteri Walinong Sari menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara.

Menerusi komen tersebut, individu berkenaan menyifatkan persembahan Izara sebagai antara yang paling epik, khususnya ketika menggerakkan kepala mengikut rentak tarian.

Advertisement

“Sebenarnya @izaraaishahofficial paling epic. Keras betul kepala dia bergoyang macam patung letak kat dashboard kereta tu hahahah,” tulisnya.

Izara kemudiannya membas komen tersebut dan menjelaskan pergerakan itu sememangnya sebahagian daripada latihan seni tari dan seni bela diri yang pernah dipelajarinya sejak usia remaja.

Menurut Izara, dia pernah mengikuti latihan Muay Thai sejak berusia 14 tahun sebelum mendalami seni silat ketika berumur 19 tahun.

Advertisement

“Memang di latih begitu. Seni tari silat helang alam buana Srikandi. Muay Thai dari umur 14 kemudian silat dari umur 19.

“10 tahun berhenti bersilat tiba-tiba kena sambung balik sebulan lepas untuk membawa watak Walininong. Saya masih dikira dalam pantang baby lima bulan,” jelasnya.

Perkongsian itu sekali gus memberi gambaran tentang semangat dan persediaan yang dilakukan Izara sendiri bagi menjayakan persembahan ketika Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Walinong Sari.

Terdahulu, konsert Tradisional Gema Bumantara menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Must Watch Video

Advertisement