Pelakon, Kamal Adli menyorot perhatian netizen selepas berkongsi satu hantaran di Instagramnya.
Menerusi hantaran di Instagram, Kamal Adli hanya berkongsi perkataan Hancur dengan lagu nyanyian Datuk M. Nasir iaitu Suatu Masa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan kata-kata semangat buat Kamal Adli yang baru sahaja sah bercerai dengan isterinya, Uqasha Senrose.
“Allah SWT is always with you Kamal… insyaallah amin.
“Chin up .. this shall pass .. jom beli moto.
“Allah ade anakku
“Stay strong, brother ku.
“Allah uji sebab Allah sayang!! Stay strong, my brother.
“Banyakkan bersabar ye Kamal...doa, zikir n selawat jgn tinggal...mntk Allah berikan kekuatan dan ketenangan hati...InsyaAllah yg baik2 akan dtg dkt Kamal lepas ni...stay strong.
“Be strong. It's ok to be not ok. Feel it & Heal it. Take your own time to cry. But remember, pls be back stronger. In Sha Allah, everything will be fine soon...Allah Maha Tahu,” komen netizen.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.
Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, selepas lima bulan bertunang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.