Skip to main content

Selebriti

Hangat Isu Artis Sombong Di Threads, Daler Yusuf Nasihat, Tak Rugi Jadi ‘Humble’ - “Ada Sesetengah Bila Dah Famous Terus Culture Shock, Berubah 360”

Daler Yusuf ulas isu sombong

Sekilas

  • Daler Yusuf berkongsi pandangan tentang isu sikap artis yang dikatakan kurang mesra dengan peminat di media sosial.
  • Beliau menegaskan artis yang memilih kerjaya ini secara automatik menjadi figura awam dan perlu melayan peminat dengan baik walaupun dalam mood kurang baik.
  • Daler juga mengingatkan artis supaya kekal rendah hati kerana peminat adalah kunci kejayaan dalam industri hiburan.
Advertisement

Pelakon, Daler Yusuf tampil memberikan pandangannya berhubung isu sikap segelintir selebriti didakwa kurang mesra terhadap peminat, yang kini menjadi topik hangat di media sosial.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Daler berpendapat perdebatan mengenai artis bersikap peramah atau sombong ini bukanlah satu perkara baharu yang dibincangkan oleh netizen.

Advertisement

Bagaimanapun Daler berpendapat apabila seseorang memilih untuk bergelar artis, mereka secara tidak langsung telah menerima tanggungjawab sebagai figura awam yang akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

“Feed Daler penuh dengan isu artist friendly vs sombong. Ramai cakap artis pun manusia, kena ada privacy, etc etc dan yes, betul.

“Tapi bagi Daler, bila kita pilih jadi artist, kita memang automatically sign up jadi public figure. Mood kita macam mana pun, kalau fans nak ambik gambar, sekurang-kurangnya layan dengan baik,” kongsinya.

Tambah Daler lagi, peminat juga memainkan peranan besar dalam membina nama dan kerjaya seseorang artis dalam industri hiburan.

“Sebab peminatlah yang buat kita ada nama dalam industri ni. Ada sesetengah artis bila dah famous terus culture shock, berubah 360.

“Kita kena ingat kita takkan berada di atas selamanya. Being humble and kind tak rugi apa-apa pun,” coretnya.

Sumber: Threads @daleryusuf


 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement