Skip to main content

Selebriti

Hanya Sempat Berlatih 3 Minggu, Shaza Bae Syukur Berjaya Tamatkan Hyrox - “Sehari Sebelum, Muntah-Muntah, Tak Cukup Rehat…”

Shaza Hyrox

Sekilas

  • Pelakon Shaza Bae berjaya menamatkan cabaran kecergasan Hyrox Jakarta 2026 buat kali pertama walaupun hanya berlatih selama tiga minggu akibat jadual kerja yang padat.
  • Shaza menghadapi pelbagai dugaan termasuk kecederaan lutut selepas terjatuh dan muntah sehari sebelum perlumbaan.
  • Dia berpasukan dengan pelakon Adrianna Adnan dan menganggap pengalaman itu sangat bermakna serta menguji ketahanan diri.
Advertisement

Pelakon Shaza Bae meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan cabaran kecergasan Hyrox Jakarta 2026 buat kali pertama meskipun berdepan pelbagai dugaan sepanjang tempoh persiapan.

Menurut Shaza, dia hanya sempat menjalani latihan selama tiga minggu disebabkan jadual kerja yang padat termasuk berulang-alik dari Perak ke Terengganu.

Advertisement

“Ini merupakan penampilan sulung saya di Hyrox. Saya hanya sempat berlatih selama tiga minggu di selang selikan dengan urusan kerja dan perjalanan dari Perak ke Terengganu.

“Malah, saya juga sempat terjatuh di kawasan parkir sehingga mengalami kecederaan pada lutut. Sehari sebelum perlumbaan pula sempat muntah-muntah tak cukup rehat.

“Saya juga hanya sempat berlatih bersama Adrianna sebanyak dua kali dan kami langsung tidak pernah membuat simulasi penuh bersama. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan cabaran ini,” tulisnya.

Hantaran di platform Threads itu juga Shaza berkongsi foto bersama pelakon Adrianna Adnan yang menjadi pasangan sepasukannya dalam pertandingan berkenaan.

Dalam pada itu, Shaza juga mengakui penyertaan sulungnya dalam Hyrox merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan menguji ketahanan diri.

“It was a very humbling experience for me. Thank you for being patience, @adrianaadnan. We made it,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement