Sekilas
- Noah Sinclair berkongsi ucapan hari lahir penuh sayu buat arwah bapanya, Ashraf Sinclair, di Instagram dengan memuat naik foto kenangan bersama.
- Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai yang turut mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Ashraf di ruangan komen.
- Noah adalah anak hasil perkahwinan Ashraf dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Anak kepada pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah Sinclair mengundang sebak ramai apabila menitipkan ucapan hari lahir buat bapa tercintanya itu.
Menerusi Instagram, Noah dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan momen kenangan yang dibina bersama sepanjang hayat arwah bapanya.
Di ruangan kapsyen, Noah menzahirkan ucapan ulang tahun buat Ashraf yang disifatkan sebagai seorang bapa yang sangat baik.
“Happy birthday to the most amazing dad, wish you were here with us,” luahnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar roh Allahyarham Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.
Sekadar info, Noah merupakan anak hasil perkahwinan Ashraf dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).
Untuk rekod, Ashraf dan BCL mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008.
Ashraf kemudiannya menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Sumber: Instagram