Skip to main content

Artis Antarabangsa

Harry Styles Lakukan Ritual Mandi Lepas Persembahan, Buang…

Harry Styles Lakukan Ritual Mandi Lepas Persembahan, Buang…

Sekilas

  • Harry Styles berkongsi ritual pentingnya selepas persembahan iaitu mandi untuk rasa tenang dan kembali menjadi diri sendiri.
  • Ritual mandi membantu Styles 'membasuh' perasaan berada di kemuncak dan membuatnya rasa lebih sederhana serta terdedah.
  • Styles kini sibuk dengan jelajah konsert global termasuk 30 persembahan di Madison Square Garden, New York dalam 66 hari.
Advertisement

Penyanyi popular, Harry Styles mendedahkan mula melakukan ritual ‘penting’ usai mengadakan sesebuah persembahan. Ritual tersebut, kata Styles lagi mampu membuat dirinya tenang dan kembali ‘menjadi orang biasa’ selepas menghiburkan peminat sebagai penyanyi.

Sebaik persembahan tamat, penyanyi berusia 32 tahun itu memberitahu dia akan terus melakukan ritualnya iaitu mandi. Akuinya, ritual yang dilakukan selepas persembahan terutama sewaktu konsert jelalah dianggap penting untuk memastikan dirinya kekal waras.

Advertisement

“Apabila saya turun dari pentas, perkara pertama yang saya lakukan ialah mandi kerana saya rasa lebih baik selepas membersihkan diri.

“Ada satu keadaan apabila anda turun dari pentas dan terfikir, ‘Oh, saya sedang berada di kemuncak sekarang’. Berbeza dengan awal karier, saya mahu menikmati perasaan tersebut selama boleh.

“Tetapi lama-kelamaan, saya sedar bahawa saya boleh mengakui perasaan tersebut ketika ia berlaku dan selepas itu, saya boleh ‘membasuhnya’ pergi,” jelasnya dalam temu bual bersama majalah W.

Styles kemudian berkongsi bagaimana ritual mandi selepas persembahan membuatkan dirinya kembali kepada keadaan yang jauh lebih sederhana.

“Anda buat persembahan, pergi ke belakang pentas, mandi dan tiba-tiba anda berada dalam keadaan berbogel, sangat terdedah dan hampir seperti seorang bayi. Ia benar-benar berbeza daripada apa yang anda lakukan hanya 10 minit sebelumnya,” katanya.

Malah kata penyanyi yang memulai karier menyertai program realiti nyanyi sebelum menjadi fenomena bersama kumpulan One Direction, dia sedar kehidupan sebagai artis yang sentiasa berada di atas pentas tidak akan berlangsung selama-lamanya.

Dan di atas kesedaran tersebut membuatkan dia lebih menghargai setiap detik sepanjang jelajahnya.

Styles antaranya sibuk dengan siri konsert residensi global menerusi jelajah Together Together di Australia, Harry bakal menggegarkan Madison Square Garden, New York dengan 30 persembahan dalam tempoh 66 hari.

Menurut laporan People, dia memulakan jelajah tersebut pada Mei lalu menerusi residensi di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, sebelum meneruskan persembahan di Wembley Stadium, London, Estádio do Morumbi, São Paulo dan Estadio GNP Seguros, Mexico City.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement