Skip to main content

Hiburan

Hawa Rizwana Ambil Isu Video Tular Secara Positif - “Bagi Saya, Situasi Ini Salah Faham Cuma…”

Hawa Rizwana

Sekilas

  • Pengacara Hawa Rizwana beri penjelasan berhubung video tular yang mendakwa dia pilih kasih terhadap penyanyi jemputan di MeleTOP.
  • Hawa anggap situasi itu sebagai pengajaran supaya orang ramai jangan cepat buat kesimpulan tanpa lihat keseluruhan cerita.
  • Dia pesan supaya pengguna media sosial lebih berhati-hati dengan kata-kata kerana ia boleh menimbulkan salah faham dan memberi kesan kepada orang lain.
Advertisement

Pengacara Hawa Rizwana tampil memberi penjelasan berhubung video tular mendakwa dirinya bersikap pilih kasih dengan penyanyi jemputan di program MeleTOP baru-baru ini. 

 

Advertisement

Hawa bagaimanapun melihat situasi itu boleh menjadi satu pengajaran buat semua orang agar memandang sesuatu perkara dari sudut berbeza sebelum membuat kesimpulan. 

 

Menurut Hawa lagi, sebagai pengacara dia akan mencuba untuk memastikan setiap tetamu berasa selesa dan gembira berada di program itu. 

Advertisement

 

“Situation ni, video yang asalnya dipos telah disalah anggap dan menimbulkan pelbagai reaction, sebelum video penuh dikongsikan dan menunjukkan situation as a whole.

 

“Prinsip saya dalam kehidupan adalah layani orang lain sebagaimana saya mahu dilayani. Sebagai seorang pengacara pula, saya cuba pastikan setiap tetamu rasa selesa, welcomed and happy to be there,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Hawa memberitahu dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak namun menitipkan pesanan buat pengguna laman sosial. 

 

“Tak ada la sampai saya nak ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bercakap negatif atau kongsi kata-kata yang mendatangkan salah faham.

 

“Bagi saya, situasi ini hanya salah faham saja. Cuma saya nak ingatkan supaya lebih berhati-hati dengan kata-kata, terutamanya di media sosial. 

 

“Satu, sebab zaman sekarang remaja dan kanak-kanak pun sudah ada laman sosial. Jadi tolong jaga kata-kata yang kita tulis atau cakap. 

 

“Lagi satu, kita tak tahu apa yang orang lalui dalam hidup diorang… jadi fikir dua tiga kali sebelum buat keputusan, yang ditulis tu ada bagusnya atau sebaliknya,” ujarnya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement