Skip to main content

Indonesia

Hidap Ekzema, Atta Halilintar Akui Hidup Macam Vampire

Astro Gempak atta halilintar
Advertisement

Pempengaruh popular Indonesia, Atta Halilintar mendedahkan dirinya mengalami masalah sakit kulit ekzema yang agak kronik sehingga membuat rutin hariannya tidak sama seperti orang lain.

Ekzema adalah sakit yang menyebabkan kulit mengalami radang, gatal, kering dan kemerahan. Buat Atta, bukan masalah perlu sentiasa berada dalam keadaan ‘sejuk’ dengan penghawa dingin tetapi dia perlu menghindari matahari atau aktiviti di siang hari.

Advertisement

Menurut suami Aurel Hermansyah ini, oleh kerana tidak boleh melakukan aktiviti normal di siang hari kerana masalah ekzema yang dihidapi, hidupnya sudah seperti vampire atau hantu.

“Kalau kena matahari kulit akan langsung merah, mengelupas sebelum luka-luka dan akhirnya terkopek.

“Hidup saya macam vampire kerana penyakit ekzema,” akuinya sewaktu muncul dalam podcast C8 seperti dilaporkan Kompas.

Tambah Atta, dia pernah ‘menderita’ selama lima hari selepas kulitnya terkena pancaran matahari.

“Jadi memang kebanyakan aktiviti termasuk olahraga semua dilakukan kalau boleh tanpa terkena pancaran cahaya matahari,” katanya lagi.

Aurel yang turut serta dalam temu bual itu mengakui masalah ekzema yang dialami Atta. Dia juga memberitahu banyak aktiviti terpaksa dimulakan lewat petang sehingga malam demi menjaga kesihatan kulit suaminya itu.

“Kalau kami bercuti di Bali misalnya, aktiviti dengan Atta dimulai selepas pukul 5. Pukul 4 katanya matahari masih tinggi,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Must Watch Video

Advertisement