Sekilas
- Ieda Moin memuji Izara Aishah sebagai seorang pelakon yang tegas dan berbudi pekerti tinggi.
- Izara dikenali bukan sahaja berbakat, malah seorang pendengar yang baik dan memberi nasihat ketika Ieda menghadapi situasi dibuli.
- Netizen turut bersetuju dengan pujian Ieda dan memuji sikap positif Izara dalam industri hiburan.
Pelakon, Ieda Moin meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian aktres, Izara Aishah yang disifatkan sebagai seorang individu yang tegas dan memiliki budi pekerti tinggi.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Ieda berkata Izara bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, malah seorang pendengar yang baik.
“I love @izaraaishahofficial why? She’s a good listener, sangat tegas dan sangat baik budi pekerti,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Ieda juga turut berkongsi pengalaman peribadi apabila berdepan situasi dibuli, dan bagaimana Izara tampil memberi sokongan serta nasihat yang membina.
“Saya mengadu dengan dia bila terasa diri di buli, terus dia bagi nasihat dan apa yang perlu dibuat pada manusia yang kaki buli ni.
“Dalam industri kami pun ramai pembuli ye, love u sista,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen bersetuju dengan Ieda dan mereka juga turut memuji sikap pelakon cantik itu.

