Skip to main content

Selebriti

Ikut Resipi Puding Karamel Tapi Tetap Tak Jadi, Respon Khairul Aming Buat Netizen Terhibur - “Bukan Murid Saya”

AstroGempak khairul aming murid

Sekilas

  • Setiap Ramadan, Khairul Aming sentiasa dinanti-nantikan dengan resipi menarik daripadanya.
  • Seorang pengguna TikTok, tular selepas berkongsi kegagalan membuat Puding Karamel mengikut resipi Khairul Aming.
  • Khairul Aming memberi respon ringkas "Bukan murid saya" di ruangan komen yang mendapat lebih 100,000 tanda suka.

Tiba sahaja bulan Ramadan, pasti antara perkara yang dinantikan adalah resipi daripada personaliti media sosial terkenal Malaysia iaitu Khairul Aming.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai yang teruja untuk mencuba resipi dikongsikan oleh anak muda dari Kelantan itu.

Namun pada yang sama, tentunya ada diantara mereka mendapat hasil yang mengangumkan dan ada juga yang tidak berjaya.

Antaranya perkongsian oleh individu dikenali sebagai Ayaaa di TikTok ini menjadi tular selepas ramai geli hati melihat hasil Puding Karamel yang dikukusnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Puding Karamel yang dikukus itu tidak menjadi bahkan loyang kukusan itu juga kelihatan ‘kosong’ dengan di bahagian tepinya disaluti seperti baki telur yang dikukus itu.

“Kepada Khairul Aming, kitaorang buat tak jadi, dah ikut cakap tapi tak jadi,” katanya.

Namun paling tidak disangka, respons spontan Khairul Aming di ruangan komen video tersebut membuatkan ramai yang terhibur.

“Bukan murid saya,” komennya ringkas.

Komen tersebut juga menerima lebih 100,000 tanda suka.

Berikut merupakan perkongsian Ayaaa:

@mayakarenn_ tak tauu apaa dosaaa kitorang @Khairulaming #khairulaming #pudingkaramel #fyp #foryoupage ♬ original sound - ayaaa 𝞋𝞎

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement