Skip to main content

Hiburan

“Ikutkan Tenaga Dia Lagi Power Daripada Saya…” - Lepas Kahwin Syafiq Kyle Baru Tahu Mimi Lana ‘Workaholic’

Syafiq Kyle

Sekilas

  • Syafiq Kyle mengakui masih banyak perkara baru yang dipelajari tentang isterinya, Mimi Lana, walaupun sudah bercinta selama sembilan tahun sebelum berkahwin.
  • Komunikasi dan keterbukaan menjadi kunci utama dalam menjaga keharmonian rumah tangga mereka selepas tinggal bersama.
  • Selepas berkahwin, Syafiq sedar Mimi seorang yang sangat workaholic dan sentiasa sibuk dengan kerja, berbeza dengan dirinya yang lebih santai.
Advertisement

Pelakon Syafiq Kyle mengakui masih banyak perkara baharu yang diketahuinya mengenai isterinya, aktres Mimi Lana, biarpun mereka sudah melalui fasa percintaan selama sembilan tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Menurut Syafiq, kehidupan selepas berkahwin membuatkan mereka lebih mengenali karakter dan rutin masing-masing, terutama apabila sudah tinggal bersama.

Menerusi temu bual bersama Nona di TikTok, Syafiq berkata komunikasi dan keterbukaan menjadi antara perkara penting dalam memastikan hubungan mereka sentiasa baik.

Advertisement

“Hubungan saya dengan Mimi, bercinta dah sembilan tahun, tahun ke-10 kami kahwin. Sudah tentu ada banyak benda yang kita tak kenal lagi. 

“Kita kenal 20 tahun pun akan ada banyak benda yang kita baru jumpa juga kan. Tapi sedikit sebanyak, saya banyak buat perbincangan dengan dia. 

“Dan yang paling penting saya rasa confrontation la… communication. Yang penting kalau ada beberapa benda yang kita tak setuju ataupun kita tak senang, kita kena utarakan la. 

“Saya rasa setiap masalah, isu dalam keluarga ni ada jalan penyelesaian dia. Terpulang kat kita, kita sabar atau tidak dan mengikut pasangan kita juga, cara kita treat diorang, cara kita manjakan ataupun sebaliknya,” kongsinya. 

Dalam pada itu, Syafiq mengakui hanya selepas berkahwin dia menyedari Mimi sebenarnya seorang yang sangat kuat bekerja atau ‘workaholic’.

Katanya, sebelum berkahwin mereka tidak mempunyai banyak masa untuk tinggal bersama, namun keadaan berubah selepas bergelar suami isteri.

“Selepas kahwin, yang saya kenal Mimi ni sangat workaholic. Sebelum kahwin mungkin saya tak duduk serumah dengan dia ataupun saya tak selalu dengan dia sebelum kahwin. 

“Selepas kahwin, 24 jam kita orang bersama. Dan yela dalam seminggu tu kadang-kadang kita orang dapat jumpa beberapa hari je. 

“Saya tengok sama ada dia hilang pagi esok ataupun saya hilang pagi esok. Saya baru tahu dia seorang yang sangat kerja keras dan always nak busykan diri dia.

“Itu yang saya kenal dia selepas dia kahwin lah. Dan ikutkan energy dia lagi power daripada saya untuk bergerak. Saya rasa bila dah kahwin ni, lelaki dia lagi lepak sikit, perempuan dia lagi dia nak bergerak, bekerja, busykan diri kan,” ujarnya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

(Refine by Lovito) Casual Flat Sandals Sandals Criss Cross Spring/summer Black Flat Sandals for Women LR13E410 (Refine by Lovito) Jalan Kasual Sandal Raba Rantai Musim Bunga/panas Hitam Sandal Rata LR13E410

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

Must Watch Video

Advertisement