Skip to main content

Hiburan

Iman Tang Terpaksa ‘Seludup’ Malique Masuk Hospital Bahagia Demi ‘Recording’ Lagu Yang Tinggal

Iman Tang Terpaksa ‘Seludup’ Malique Masuk Hospital Bahagia Demi ‘Recording’ Lagu Yang Tinggal

Sekilas

  • Iman Tang dari Icon Entertainment berkongsi pengalaman unik rakaman lagu Yang Tinggal bersama Yasin Sulaiman, Zizi Kirana dan Malique di Hospital Bahagia Ulu Kinta secara rahsia.
  • Rakaman dilakukan di bilik persidangan hospital yang bukan studio sebenar, dengan kerjasama pihak hospital menggunakan ruang yang ada.
  • Lagu ciptaan Malique dan Tripdisz ini mengangkat tema kemanusiaan seperti kehilangan, pengorbanan, harapan dan nilai kemanusiaan.
Advertisement

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkongsi pengalaman unik sewaktu pasukannya menjayakan rakaman lagu Yang Tinggal bersama Yasin Sulaiman dan Zizi Kirana di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Menurut Iman, mereka terpaksa membawa masik penyanyi rap dan komposer, Malique secara senyap bagi menjayakan rakaman tersebut.

Advertisement

Malah, Malique dibawa ke sebuah bilik persidangan yang dijadikan lokasi rakaman tanpa pengetahuan orang lain.

“Hendak bawa Malique masuk ke bilik itu memang kena ‘seludup’, sudah seperti projek rompakan. Tak ada orang tahu.

“Masuk selamat, keluar selamat dan Alhamdulillah tidak ada orang nampak dan tidak ada orang tahu. Saya rasa itu satu pengalaman yang sangat baik untuk kita,” katanya pada sidang media pelancaran single Yang Tinggal di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai proses rakaman tersebut, Iman mengakui ia bukan sesuatu yang mudah kerana mereka tidak menggunakan studio sebenar.

Bagaimanapun, pihaknya mengambil peluang menggunakan ruang yang disediakan oleh pihak hospital untuk menjayakan rakaman tersebut.

“Kita suka cipta sejarah dan hasilkan perkara yang orang lain belum pernah dibuat. Alhamdulillah, dengan kerjasama pihak hospital, kita gunakan ruang yang ada.

“Lokasi rakaman itu sebenarnya bukan studio, tetapi bilik persidangan (conference room). Di bawah pula memang kawasan pesakit.

“Itu pengalaman saya termasuk Zizi juga, kita berada di dalam dan melihat peta Hospital Bahagia itu. Ia besar, unik, pelik dan macam-macam pengalaman kita lalui,” katanya.

Lagu Yang Tinggal merupakan kerjasama antara Icon Records di bawah Icon Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia.

Karya ciptaan Malique dan Tripdisz itu membawa tema kemanusiaan menerusi persoalan berkaitan kehilangan, pengorbanan, harapan dan nilai kemanusiaan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement