Sekilas
- Seorang wargamaya berkongsi bahawa berita pernikahan Erra Fazira menguasai Threads, mengalahkan populariti Fazura buat sementara waktu.
- Fazura membalas dengan mengajak semua untuk berhenti membuat perbandingan dan kekal positif sambil menyatakan sokongan dan kegembiraan untuk Erra.
- Individu tersebut memohon maaf jika perkongsiannya menimbulkan salah faham dan berharap Fazura juga akan bertemu jodoh suatu hari nanti.
Perkongsian seorang wargamaya yang menganggap berita pernikahan Primadona Erra Fazira sudah menggelamkan Threads Fazura menarik perhatian ramai termasuk selebriti itu sendiri.
Menerusi perkongsian individu itu, dia berkata ramai yang teruja dengan pernikahan Erra selain turut mendoakan Fazura bertemu jodoh satu hari nanti.
“Tenggelam dekat Threads ni cerita fasal Fazura hari ini dalam sejarah. Kalau tak, Fazura la juara setiap hari. Kasi chance la Erra Fazira kahwin kot.
“Satu Erra kahwin satu malaysia excited wey. Aura primadona dia padu. Semoga Fazura juga bakal bertemu yang tercinta satu hari nanti juga, Insya-Allah,” kongsinya.
Membalas perkongsian individu itu, Fazura memohon agar semua orang berhenti membuat perbandingan atau ‘pertandingan’ di laman sosial dan sentiasa kekal positif.
Kata Fazura lagi, dia sayangkan Erra Fazira dan mempercayai semua orang turut tumpang gembira atas pernikahan pelakon itu.
“Jangan biasakan persaingan di sini dan kekalkan positif. Tak kisah pun siapa yang banjiri Threads ini. Gembira la untuk orang lain!
“I love Primadona kita Erra Fazira dan saya percaya kita semua pun kongsi kegembiraan yang sama untuk dia,” kata Fazura.
Bagaimanapun individu itu memohon maaf kepada Fazura sekiranya perkongsiannya itu mengundang salah faham.
Sumber - Threads