Skip to main content

Hiburan

Individu Gesa Boikot Kerana Dakwa Makan Di Restoran Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Jawab - “Terpampang Besar Sijil Halal Kedai Tu”

Ernie Zakri

Sekilas

  • Ernie Zakri membidas dakwaan seorang netizen yang mendakwa dia mengunjungi premis makanan tanpa sijil halal.
  • Ernie menjelaskan sijil halal jelas terpampang di premis tersebut melalui komen balas di Threads.
  • Netizen yang membuat dakwaan itu kemudiannya menurunkan komen selepas menerima kecaman ramai.
Advertisement

Penyanyi, Ernie Zakri membidas seorang netizen yang mendakwa dirinya mengunjungi sebuah premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal.

Menerusi komen balas yang dibuat di Threads, pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, memaklumkan individu berkenaan sama sekali tidak peka dengan kewujudan sijil halal yang jelas terpampang di dalam foto yang dikongsikannya.

Advertisement

“Terpampang besar dekat kedai itu sijil halal. Insya-Allah,” tulis Ernie.

Penjelasan itu dibuat Ernie selepas individu berkenaan menggesa warganet untuk memboikotnya sambil mendakwa pelantun lagu Ku Bersuara itu tidak cakna terhadap isu halal dan haram.

Individu berkenaan tampil membuat dakwaan susulan perkongsian Ernie yang memuat naik foto dirinya bersama Syamel ketika menikmati hidangan di sebuah restoran nasi ayam terkenal di Melaka.

“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ini,” tulis individu tersebut.

Walau bagaimanapun, individu berkenaan dilihat telah menurunkan komennya selepas mendapat kecaman ramai.

“Dia buta agaknya.

“Baru pergi minggu lepas. Nah (bukti) logo Halal sebesar alam ni.

“Lapar perhatian ke tu?

“Lurve cara kak Ninie (Ernie) reply,” komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement