Skip to main content

Hiburan

Individu Tak Rasa Bangga Zarina Anjoulie ‘Follow’ IG, Ini Respons Tuan Badan - “Sempat Nak Menumpang Populariti Aku”

Zarina Anjoulie

Ringkasan AI

  • Seorang individu berkongsi paparan skrin menunjukkan akaun Instagram pelakon Zarina Anjoulie mengikuti laman sosialnya.
  • Individu tersebut menyatakan hanya akan berbangga jika yang mengikutinya adalah selebriti lain selain Zarina.
  • Zarina Anjoulie membalas perkongsian itu dengan menyindir individu tersebut di Instagramnya.
  • Zarina menegaskan individu itu sebenarnya bangga dan cuba menumpang popularitinya dengan memuat naik paparan skrin tersebut.
  • Pelakon itu juga memberi amaran akan membalas semua yang menyakitkan hatinya pada masa akan datang.

Seorang individu berkongsi paparan skrin yang memperlihatkan akaun Instagram pelakon Zarina Anjoulie mengikuti laman sosialnya.


 

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia hanya akan berbangga sekiranya yang mengikutinya itu adalah selebriti lain selain Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju.


 

“Kalau artis lain boleh juga aku bangga,” tulis individu tersebut.


 

Menyedari perkongsian tersebut, Zarina menerusi Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin akaun laman sosial individu itu dengan menyindir semula.


 

Zarina berkata kelihatan jelas wanita tersebut berasa bangga apabila memuat naik paparan skrin tersebut dan menganggap perkongsian yang dibuat itu mahu menumpang popularitinya.


 

“Wahai manusia kalau kau tak bangga kau tak post macam ni. Clearly kau nak bangga kat orang konon nak acah tak heran tapi kau heran.


 

“Sampai sanggup screenshot dan repost itu bangga la namanya! Sempat nak tumpang populariti aku.

Munggu ni, minggu aku balas balik kat semua manusia yg menyakitkan hati aku,” kongsinya.

Must-Watch Video

Advertisement