Skip to main content

Rancangan Realiti

INNOVATHON 3: Bawa Pulang RM100,000, Wondaleaf Adhesive Pouch Diumum Juara Musim Ketiga!

Juara Innovathon musim ketiga

Sekilas

  • Wondaleaf Adhesive Pouch diumumkan sebagai juara INNOVATHON 3 dengan inovasi yang memudahkan penukaran dressing luka terutama untuk kawasan sukar dicapai.
  • Produk ini menggunakan pelekat perubatan tahan air yang mengurangkan risiko jangkitan dan kekerapan penukaran dressing, sekaligus menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan rawatan.
  • Wondaleaf kini dipasarkan di hospital kerajaan, sektor swasta, dan beberapa cawangan Guardian di Malaysia, serta membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan dana pembangunan bernilai RM1.65 juta.

Wondaleaf Adhesive Pouch telah diumumkan sebagai juara INNOVATHON 3.

Menerusi sesi pembentangan, pasukan itu telah memperkenalkan Wondaleaf Adhesive Pouch sebagai satu inovasi yang direka khas untuk memudahkan proses penukaran dressing luka, khususnya bagi luka di bahagian belakang badan serta anggota lain yang sukar dicapai.

Inovasi ini dilihat mampu mengurangkan kesukaran yang sering dihadapi oleh petugas kesihatan dan penjaga pesakit dalam pengurusan luka harian.

Antara kelebihan utamanya ialah penggunaan pelekat perubatan yang boleh digunakan dalam tempoh berhari-hari ini melindungi kain kasa daripada terdedah kepada air sekali gus mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Selain itu, Wondaleaf Adhesive Pouch mengurangkan kadar pertukaran dressing konvensional setiap hari yang menjadi punca kulit di sekitar luka mudah terjejas dan lebih terdedah kepada risiko jangkitan.

Untuk segi praktikal pula, dressing ini melekat kemas pada luka, manakala bahagian plastiknya boleh dipotong dan digunakan beberapa kali bagi tujuan penukaran dressing harian.

Ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah meningkatkan tahap kecekapan rawatan luka.

Wondaleaf Adhesive Pouch turut ditawarkan dalam 10 saiz berbeza, menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti luka sunat, penjagaan tali pusat bayi, serta pelbagai jenis luka lain.

Dalam aplikasi klinikal, produk ini digunakan sebagai secondary dressing, selepas primary dressing diletakkan terlebih dahulu pada luka.

Inovasi ini juga terbukti apabila ia telah digunakan di hospital kerajaan, termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Penggunaan Wondaleaf Adhesive Pouch didapati membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selain dapat mengelakkan luka daripada merebak.

Wondaleaf Adhesive Pouch kini dipasarkan melalui pengedar kepada sektor kerajaan, swasta dan boleh didapati di beberapa cawangan Guardian di Semenanjung Malaysia dan Borneo.

Setiap pek produk mengandungi satu unit adhesive pouch.

Hasil kemenangan itu, Wondaleaf Adhesive Pouch membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan dana sokongan pembangunan perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1.650 juta.

Manakala, SprayFresh yang dinobatkan sebagai naib juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000 dan Nodereveal yang meraih tempat ketiga membawa pulan RM50,000.

Sementara itu, CO2 Mortar berada ditempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan REBOOZ Hydrogen Technology di tempat kelima, membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement