Skip to main content

Rancangan TV

INNOVATHON 3: Muncul Dengan Inovasi Baharu Untuk Kesan Kanser Usus Lebih Tepat, Node Reveal Diumum Juara Minggu Kedua

Innovathon nodereveal

Sekilas

  • NodeReveal diumumkan sebagai pemenang minggu kedua INNOVATHON 3 dengan inovasi pemeriksaan nodus limfa untuk kanser usus yang lebih tepat dan efisien.
  • Inovasi ini menggunakan bahan larutan makmal yang memudahkan pelarutan lemak mesorektal dan membantu visualisasi nodus limfa, terbukti berkesan dalam kajian klinikal di Hospital Queen Elizabeth.
  • INNOVATHON 3 menampilkan selebriti seperti Erra Fazira sebagai juri dan disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro RIA, Astro Vaanavil, Astro Showcase serta platform Astro GO dan sooka.

Inovasi bijak yang dikemukakan oleh NodeReveal melayakkan mereka diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program INNOVATHON 3 yang disiarkan pada Sabtu lalu.

Menerusi pembetangan yang dilakukan, Node Reveal memaklumkan pemeriksaan nodus limfa untuk kanser usus adalah proses teknikal dan mengambil masa.

Nodus limfa yang kecil mungkin terlepas dari pemeriksaan. Jadi inovasi yang dilakukan oleh Node Reveal ini bakal membantu pengesanan untuk pemeriksaan dan meningkatkan ketepatan staging kanser usus.

Inovasi daripada bahan larutan makmal yang digunakan memudahkan pelarutan lemak mesorektal dan membantu visualisasi nodus limfa - terbukti di kajian klinikal di Hospital Queen Elizabeth dan telah mengesan 21 kanser yang merebak ke nodus limfa.

Inovasi ini pernah wujud tapi dinovasikan semula - United Kingdom dan U.S. (komposisi berbeza daripada inovasi ini).

INNOVATHON musim ketiga ini menyaksikan primadona negara, Erra Fazira memegang peranan sebagai juri.

Selain itu, pelakon, Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos bagi rancangan manakala Ceddy Ang selaku hos kapsul.

Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.

Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement