Sekilas
- Sistem ARMOMET diumumkan sebagai pemenang minggu pertama program INNOVATHON 3 dengan inovasi topi keledar pintar yang mengesan suhu badan dan memastikan topi keledar dipakai dengan betul.
- ARMOMET terdiri daripada dua kit iaitu Armomet 1 yang dipasang pada helmet dan Armomet 2 yang diletakkan di bawah tempat duduk motosikal, berfungsi juga sebagai alat anti kecurian.
- INNOVATHON 3 menampilkan selebriti seperti Erra Fazira sebagai juri dan Datuk Aznil Nawawi sebagai mentor, disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro RIA dan platform digital Astro.
Sistem ARMOMET telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu pertama program INNOVATHON 3 yang disiarkan pada Sabtu.
Menerusi pembentangan yang dipersembahkan, ARMOMET atau Armour Immobilizer Helmet mempunyai kelebihan tersendiri.
ARMOMET merupakan inovasi bertujuan untuk menyelesaikan masalah penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan tidak memakai topi keledar dengan betul.
Terdapat dua kit untuk menjadikan ARMOMET berfungsi iaitu Armomet 1 dan Armomet 2.
Caranya adalah Armomet 1 harus disambung ke helmet di mana Armomet 1 ini fungsinya sebagai sensor suhu iaitu untuk mengesan suhu badan manusia dari 31 celcius hingga 38 celcius.
Manakala input kedua pula iaitu magnetic buckle di mana kedua-dua input perlu ada input yang tinggi untuk Armomet 1 menghantar signal kepada micro controller.
Apabila sudah mendapat signal barulah motosikal akan dapat dihidupkan.
Kedua iaitu Anti thief untuk mengelakkan berlakunya kecurian motor. Buzzer akan berbunyi sekiranya tidak dipasang dengan baik.
Armomet 1 menggunakan bateri yang perlu dicas dan berkemampuan untuk bertahan selama seminggu, bateri tersebut juga boleh dicas secara plug in terus ke helmet (boleh pasang dan dicabut).
Armomet 2 pula akan diletakkan di bawah atau di dalam seat. Sistem Armomet ini boleh dibuka tutup mengikut keperluan pengguna.
INNOVATHON musim ketiga ini menyaksikan primadona negara, Erra Fazira memegang peranan sebagai juri.
Selain itu, pelakon, Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos bagi rancangan manakala Ceddy Ang selaku hos kapsul.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.
Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka!