Sekilas
- Isha Norsham, pengacara dan penyampai radio ERA, selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Isnin.
- Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Azman Azeez, yang memaklumkan bayi perempuan mereka dilahirkan pada jam 7.20 malam dengan berat 2.96 kilogram.
- Isha dan Azman telah berkahwin pada 10 Oktober 2025 selepas bertunang pada 3 Mei 2025.
Pengacara dan penyampai radio ERA, Isha Norsham selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Isnin.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Azman Azeez menerusi satu hantaran di Instagram.
"Alhamdulillah syukur, Baby KA selamat dilahirkan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
"Baby and wife both are healthy," tulisnya.
Ketika dihubungi Gempak, Azman turut berkongsi bahawa puteri mereka dilahirkan pada jam 7.20 malam dengan berat 2.96 kilogram.
"Selamat dilahirkan pada jam 7.20 pm, baby girl, berat 2.96 kg," katanya.
Terdahulu, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz di Hyatt place Bukit Jalil, pada 10 Oktober 2025.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 3 Mei 2025.