Skip to main content

Hiburan

Isteri Aiman Tino Bengang Dengan Peminat Biadab - “Memang Tak Ada Adab, Boleh Datang Dekat Tepi Meja…”

Aiman Tino

Sekilas

  • Che Syarah Haifa, isteri Aiman Tino, meluahkan rasa kecewa terhadap peminat yang tidak beradab ketika bertemu suaminya.
  • Dia berkongsi pengalaman peminat yang datang tanpa memberi salam dan mengabaikannya walaupun berada di sebelah suaminya.
  • Wargamaya turut bersetuju dengan kenyataan Syarah, menganggap sikap kurang ajar ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan generasi muda sekarang.

Isteri kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Che Syarah Haifa meluahkan rasa berang terhadap peminat yang didakwa tidak mempunyai adab ketika bertemu dengan suaminya. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Syarah berkongsi situasi di mana peminat tersebut datang ke meja mereka tanpa memberi salam dan tidak menghiraukannya yang berada di sebelah suaminya.  

 

“Oh my god, kids nowadays sangat rude ya. I know you fans suami i tapi memang tak ada adab langsung, boleh datang DEKAT tepi meja sebelah suami i terus cakap ‘ingat lagi tak’ tanpa bagi SALAM atau say Hi or apa, siap mendada lagi?

 

“WTF. Dia buta ke aku dekat sebelah ni?” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan kenyataan Syarah dan menganggap budak-budak zaman sekarang ini ramai yang biadab. 

 

“Saya setuju… budak-budak zaman sekarang memang biadab. Saya rasa zaman rotan, hanger dan tali pinggang, grounded, balik rumah sebelum maghrib, hp waktu hujung minggu tak patut dihapuskan. 

 

“Geram yang selalu menggeletis ni biasa tak dapat kasih sayang jadi perlukan perhatian… kesian kan.

 

“Mesti dalam hati ‘ei perempuan ni aku tampar kang’. Budak zaman sekarang memang SANGAT BIADAB,” komen beberapa wargamaya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement