Sekilas
- Datin Ezza Yusof berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan ke-6 bersama suaminya, Datuk Remy Ishak, di Threads.
- Remy membalas dengan doa agar mereka dilindungi daripada pandangan yang membawa keburukan, mendapat pujian netizen.
- Pasangan ini berkahwin pada 21 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tuah Alam.
Isteri kepada pelakon, Datuk Remy Ishak iaitu Datin Ezza Yusof menyorot perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Threads, Ezza menzahirkan doa dan harapan agar mereka sentiasa kuat dalam menempuh segala dugaan serta sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.
“Happy 6th Anniversary, suami ku. Semoga kita terus sama-sama kuat menempuh segala yang mendatang dan tetap memilih satu sama lain, dalam susah dan senang.
“6 years, and still counting. Alhamdulillah untuk kita,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Ezza turut memuat naik foto mereka yang mengenakan busan berona putih sewaktu majlis pernikahan mereka yang lalu.
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat respon daripada Remy yang membalas dengan doa agar mereka dilindungi daripada pandangan mata yang boleh membawa keburukan.
“A’uzubi kalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammah, wa min kulli ‘ainin lammah,” tulis Remy.
Tindakan Remy itu turut menerima pujian netizen yang menyifatkan perkongsian doa berkenaan sebagai satu cara yang baik untuk saling melindungi dalam rumah tangga.
Malah, rata-rata warganet turut mendoakan mendoakan agar perkahwinan Remy dan Ezza tersebut terus diberkati serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Tuah Alam.
Sumber: Threads