Penyanyi, Amira Othman menitipkan pesanan supaya masyarakat sentiasa tenang kerana soal jodoh, ajal dan maut telah pun ditentukan Allah.
Menerusi rakaman sesi siaran langsung di TikTok, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 31, turut mengingatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata dan tidak bercakap buruk mengenai orang lain.
Advertisement
@cikindah911 Tenang2 semuaa.. Jodoh, ajal, maut Allah dah tentukan.. Ingat yee, dosa dengan manusia tak settle sekalipun mati syahid 🥹... Jagalah jari masing2.. Tak kira siapa pun.. #amiraothman #fattahamin #fattmira ♬ original sound - Indah
“Tenang, tenang semua. Jodoh, ajal, maut Allah sudah tulis dan tentukan. Jadi, jangan terlalu gusar. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya,” katanya.
Tambah Amira, amalan dan percakapan sesama manusia perlu dijaga kerana ia akan memberi kesan walaupun selepas meninggal dunia.
“Cakap baik-baik, buat benda yang baik-baik. Allah akan balas dengan perkara yang baik juga. Tak rugi pun sebab esok lusa kita mati, itu yang kita bawa.
“Kita tidak boleh buat jahat dengan orang sebab dosa sesama manusia tidak selesai walaupun mati syahid. Jadi jangan cakap dan jangan buat perkara yang menyakiti orang lain,” jelasnya.
Sementara itu, Amira turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menitipkan doa baik-baik buat dirinya.
Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan aktres berkenaan akhirnya terjawab apabila dia dan pelakon popular, Fattah Amin mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini, bersempena ulang tahun kelahiran aktor tersebut.
Untuk rekod, Fattah pernah melamar Amira secara terbuka ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu Rasa & Takdir.
Fattah sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.