Skip to main content

Hiburan

Jefri Nichol Tak Mahu Rampas ‘Takhta’ Kamal Adli Di Threads, Netizen Pula Sakan Ajar Bahasa Kelantan - “Tak Nak Pangkat, Nak Jadi Pengikut Je”

Astro Gempak

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli berseloroh mahu ‘menyerahkan takhta’ ketua Threads kepada orang lain sambil tetap berjanji akan muncul semula jika perlu.
  • Pelakon Indonesia, Jefri Nichol, menolak untuk mengambil ‘takhta’ tersebut dan memilih menjadi pengikut Kamal di Threads.
  • Jefri semakin aktif berinteraksi dengan netizen Malaysia di Threads, walaupun pernah keliru dengan komen dalam dialek Kelantan.

Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila berseloroh mahu ‘menyerahkan takhta’ sebagai ketua Threads kepada individu lain.

Menerusi satu perkongsian, Kamal tampil memuatnaik satu status mengenai situasi tersebut.

“Salam rakyat, dengarnya pangkat saya sudah diambil orang ya. Tak mengapalah, saya ‘enjoy’ saja selama ini ramai orang teman gelak-gelak hiburkan hati.

“Yang penting kita gembira, tapi kalau dia buat hal beritahu, saya muncul balik,” ujarnya.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat respons pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang kini dilihat semakin aktif berinteraksi dengan netizen Malaysia di Threads.

Menurut Jefri, dia tidak berminat untuk mengambil ‘takhta’ tersebut dan lebih selesa menjadi pengikut Kamal.

“Abang Kamal, aku tak naklah diberi pangkat-pangkat ini.

“Aku nak jadi pengikutmu saja,” katanya.

ncdjjf

Tidak ketinggalan, Kamal turut membalas komen tersebut dengan nada berseloroh selain menyambut kehadiran wakil dari Indonesia.

“Baguslah wakil Indo seorang. Apa lagi tunggu, wadidaw dahulu donk (bergurau). Mahu aku ajar atau sudah pandai,” katanya.

Terdahulu, Jefri mencuri perhatian apabila perkongsiannya di Threads dihujani pelbagai komen daripada netizen Malaysia.

Bagaimanapun, kebanyakan komen tersebut ditulis menggunakan dialek Kelantan sehingga menimbulkan kekeliruan buat pelakon filem Ali Topan itu.

Susulan itu, Jefri kini dilihat semakin aktif membalas komen, khususnya daripada peminat Malaysia, sekali gus mengeratkan hubungan antara peminat dua negara di platform tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement