Skip to main content

Selebriti

Jehan Miskin Aktif Belakang Tabir, Kongsi Tentang Kerja, Minat & Keluarga Di Media Sosial - “Post Apa Yang Saya Suka, Cakap Benda Baik Silakan, Kalau ‘Menyucuk-Nyucuk Saya Sekat”

Jehan Miskin aktif belakang tabir

Sekilas

  • Jehan Miskin kini fokus di belakang tabir melalui syarikat produksi Mastermind Group selepas memperlahankan kerjaya lakonan sejak 2015.
  • Jehan masih rindu berlakon tetapi komitmen projek produksi menyukarkan untuk menerima tawaran lakonan kecuali untuk penampilan khas.
  • Jehan berkongsi pandangan bahawa jumlah pengikut media sosial tidak menentukan nilai sebenar seorang artis dalam industri hiburan.

Pelakon, Jehan Miskin memilih untuk memperlahankan kerjaya lakonan dan beralih untuk memberikan fokus di belakang tabir menerusi syarikat produksi, Mastermind Group.

Bagaimanapun, Jehan tidak menafikan dia merindui dunia lakonan, namun hasrat itu sukar dipenuhi kerana komitmen penggambaran yang panjang, selain kesibukannya menguruskan projek-projek produksi.

“Kali terakhir saya berlakon filem adalah pada tahun 2015 dan sekarang sudah 2026. Ramai tak tahu saya ambil keputusan untuk bekerja di belakang tabir sebab saya ada produksi sendiri.

“Saya memilih ke arah kerja belakang tabir sebab tanggungjawab kepada syarikat lebih besar kerana masing-masing bekerja untuk mencari rezeki.

“Syarikat produksi itu sudah beroperasi lebih kurang 16 hingga 17 tahun. Kami juga banyak fokus pada kerja-kerja komersial, iklan dan kolaborasi dengan jenama. Sebagai penerbit, saya juga masih boleh berkarya dan menggunakan kreativiti.

“Sekali kita sudah berlakon, jiwa anak seni memang kita akan rasa rindu. Cuma buat masa sekarang, agak susah untuk menerima tawaran berlakon disebabkan komitmen saya bersama produksi ini.

“Dengan jadual kerja yang padat dan projek yang sentiasa berjalan, saya tidak mampu memberi komitmen untuk penggambaran dalam jangka panjang. 

“Tetapi, kalau ada tawaran watak penampilan khas (cameo) satu atau dua hari, saya okay sekadar untuk suka-suka,” jelasnya.

Jehan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment baru-baru ini.

 


 

Dalam pada itu, Jehan juga turut mengulas tentang perkongsiannya di media sosial yang rata-rata mengenai kerjaya, minat dan keluarga.

“Media sosial saya macam orang biasa sahaja, saya hanya post apa yang saya suka. Sekarang semua orang boleh tinggalkan komen.

“Kalau nak cakap benda baik silakan, tapi kalau datang ‘menyucuk-nyucuk’ saya sekat saja,” ujarnya.

Tambah Jehan lagi, dia kurang setuju jika tawaran lakonan sesebuah karya diberi berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

“Saya melihat perubahan dalam industri hiburan. Dulu kita boleh ‘rank’ artis tetapi sekarang kita tengok berapa ramai pengikut di media sosial.

“Bagi saya itu hanya populariti sahaja, bukan nilai sebenar seorang artis. Jumlah pengikut yang tinggi di media sosial tidak menjamin kejayaan dalam apa jua bidang pun.

“Ada orang pengikut berjuta-juta, tetapi apabila jual produk, tidak semestinya berjaya,” ulasnya.

Sekadar info, Jehan berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan, Julie Camelia Rhee pada Mei 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Axel Nova Rhee.

Anda mungkin berminat dengan

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

4XL Motor Cover Waterproof Motorcycle Cover Motor Selimut Motor Sarung Motor Bike Cover Motorcyle Honda Motor Cover Rain

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement