Skip to main content

Hiburan

Jemaah Penuhi Masjid Seawal Tengahari, Rebut ‘Reward’ Tarawih RM69

Solat Tarawih

Sekilas

  • Ribuan jemaah membanjiri masjid di Indonesia selepas tular agihan wang tunai sebanyak Rp300,000 (RM69) bagi yang hadir solat tarawih.
  • Agihan wang itu adalah zakat mal yang diberikan di beberapa masjid dan surau di daerah tersebut setiap hari Rabu sepanjang Ramadan.
  • Pihak berkuasa memaklumkan program berjalan lancar dan pemantauan diteruskan untuk memastikan ketenteraman awam terjaga.
Advertisement

Ribuan orang dilaporkan membanjiri sebuah masjid di Indonesia seawal tengah hari selepas tularnya mengenai agihan wang tunai kepada jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih.

Menerusi video di TikTok, dapat dilihat orang ramai mula memenuhi kawasan masjid sejak tengahari sehinggakan ada yang membentang sejadah di jalan tar kerana ruang dalam masjid yang dipenuhi dengan lautan manusia.

Advertisement

Difahamkan, situasi itu berlaku selepas mereka dijanjikan ganjaran sebanyak Rp300,000 (RM69) sekiranya hadir menunaikan solat tarawih di masjid.

Perkara itu disahkan wakil rakyat tempatan mereka yang menjelaskan bahawa agihan itu berupa zakat mal yang akan diberikan kepada jemaah di beberapa masjid di daerah Indonesia seperti Mushala Wakaf Abdullah, Masjid Laju, Masjid Nasabandiyah serta beberapa lagi surau lain.

Program itu walau bagaimanapun hanya akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu sepanjang Ramadan. Bagi m

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa program berjalan lancar dan pemantauan akan diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement