Skip to main content

Viral

El Azman Tak Berkira Bab Anak Selepas Cerai - “RM10K Ke RM50K, Sampai RM100K Pun Tak Apa”

El Azman

Sekilas

  • El Azman mengakui perceraian membuatkan dia rindu dan lelah kerana terpisah dengan anak-anaknya.
  • Dia dan bekas isteri, Nur Amira, bekerjasama menjaga kebajikan anak tanpa berkira soal wang dan sentiasa utamakan kebahagiaan mereka.
  • El Azman belajar bahawa walaupun perkahwinan gagal, kebahagiaan anak mesti dipertahankan tanpa membiarkan ego menguasai hati.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan El Azman mengakui perceraian membuatkan dirinya berasa lelah disebabkan kerinduan terhadap anak-anaknya. 

 

Advertisement

Namun El Azman meluahkan rasa syukur dia dan bekas isterinya iaitu Nur Amira bersama-sama menjaga anak mereka dengan baik. 

 

“Bercerai ni penat. Lagi-lagi bila kita jenis selalu rindukan anak. Rindu nak peluk, rindu bau anak, rindu benda kecil yang dulu kita rasa biasa.

 

“Alhamdulillah, saya dengan ex tak berkira bila bab anak. Nak ambil anak, nak bawa holiday, nak guna RM10K ke RM50K ke… ada sampai RM100K bagi saya tak apa. 

 

“Asalkan anak dijaga dengan baik dan bahagia,” kongsi El Azman menerusi hantaran di Theads. 

 

Biarpun penat mencari duit namun El Azman bersyukur dikurniakan rezeki dalam bisnes dan bekas isterinya juga bukan jenis wanita yang gemar meminta. 

 

“Cuma walid dia penat sikitlah cari duit. Hahaha. 😂 Lepas bercerai, Allah bagi rezeki lebih dalam bisnes. Ex pun pandai cari duit dan bukan jenis meminta. 

 

“Sekarang dia dah berkahwin dengan orang bisnes juga, dan Alhamdulillah kami boleh berkawan dengan baik,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, El Azman mengakui dia belajar untuk mempertahankan dan mengutamakan anak-anak dalam semua perkara. 

 

“Akhirnya saya belajar satu benda… kita mungkin gagal mempertahankan perkahwinan, tapi jangan gagal mempertahankan kebahagiaan anak.

 

“Tak perlu menang selepas bercerai. Sebab kalau ego kita menang, tapi hati anak yang kalah… sebenarnya kita semua kalah,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement